in

Cameron & Janice Hooker: Suami Isteri Culik & Kurung Remaja Dalam Keranda Bawah Katil Untuk Jadi Hamba Seks Selama 7 Tahun

Collage 64

Semasa di mahkamah, hakim mengatakan yang lelaki ini merupakan psikopat paling teruk yang pernah dia jumpa atau dengar.

Cameron dan isterinya Janice Hooker telah menculik dan merogol dua wanita. Sorang dibunuh manakala sorang lagi disimpan sebagai hamba seks dan dikunci di dalam kotak seakan keranda di bawah katilnya dan ini kisah mereka…

Kehidupan awal dan perkahwinan

Di awal kehidupan Cameron Hooker, ada beberapa petanda menunjukkan yang dia bakal jadi kejam.

Ketika di zaman tadika, rakan-rakan Cameron menggambarkan dia sebagai seorang yang ceria dan suka membuat kanak-kanak lain ketawa.

Namun, pada tahun 1969, personaliti Cameron mula berubah. Dia sering elak dari melakukan aktiviti sosial walaupun dia tak pernah memberontak seperti remaja lain.

Janice Cameron Hooker

Sisi gelapnya mula menonjol bila lelaki ini bertemu isterinya Janice Hooker yang ketika itu baru berusia 15 tahun.

Janice menggambarkan dirinya sebagai seseorang yang sanggup mengalah untuk orang yang sayangkan dirinya.

So, bila Cameron tanya kalau dia boleh gantung Janice dari pokok menggunakan gari kulit, wanita ini bersetuju.

Walaupun pengalaman tersebut menyakitkan serta menakutkan, sifat terlebih penyayang yang Cameron tunjukkan, buat Janice abaikan perasaannya.

Cameron dan Janice berkahwin pada 1975 dan aksi ganasnya semakin berkembang, ia termasuk merotan, mencekik dan melemaskan wanita ini ke dalam air sehingga dia hampir membunuh isterinya ini.

Pada tahun sama mereka berkahwin, Cameron bersetuju untuk ada anak dengan Janice kalau wanita ini izinkan dia ambil “hamba seks.”

Dengan harapan “hamba seks” tu boleh berikan kepuasan kepada fantasi menyakitkan lelaki ini, Janice bersetuju dengan syarat dia tak melakukan hubungan seks dengan hamba tersebut.

Penculikan Colleen Stan

Colleen Stan

Janice melahirkan anak perempuannya pada 1976 dan setahun kemudian, pada May 1977, pasangan ini meneruskan perjanjian yang mereka buat dan menemui mangsa mereka, Colleen Stan yang berusia 20 tahun.

Pada malam kejadian, Colleen membuat keputusan untuk menumpang kereta strangers untuk ke parti kawannya. Kebetulan, Janice dan Cameron sedang membawa bayi mereka jalan-jalan dan berhenti bila melihat Colleen sedang cuba mencari kereta untuk ditumpang.

Kerana melihat Janice dan bayi perempuannya ada di dalam kereta bersama Cameron, Colleen merasakan yang dia selamat dan bersetuju untuk masuk ke dalam kereta.

Tapi, sebaik saja mereka tiba di highway, Cameron telah mengugut Colleen dengan pisau dan kunci gadis ini di dalam kotak yang dia simpan di dalam kereta.

Secuestro Coleen Stan 7

Setibanya, di rumah, lelaki ini telah menggantung Colleen di siling rumahnya dalam keadaan telanjang bulat dan matanya ditutup dengan kain.

Gadis malang ini kemudiannya didera, dirotan dan menerima kejutan elektrik. Tak cukup dengan itu, Cameron melanggar perjanjiannya dengan isteri dan merogol Colleen.

Bila Cameron keluar bekerja, Colleen dikurung di dalam kotak seperti keranda di bawah katil pasangan ini.

Mereka hanya keluarkan saya untuk rogol saya”

Cameron kemudiannya menyuruh Colleen menandatangan kontrak sebagai hamba dan namanya ditukarkan dengan panggilan “K” dan gadis ini perlu memanggil Cameron dan Janice sebagai “Master” dan “Ma’am”.

K0Fpa3D3Dj401

Perlahan-lahan, Colleen diberikan kebebasan sedikit demi sedikit walaupun kebanyakan hari dia tetap perlu menghabiskan masa dalam kotak kurungan di bawah katil pasangan tersebut.

Janice dilaporkan telah melahirkan anak kedua mereka di katil sambil di bawahnya terletak Colleen yang terkunci.

Selain dari penderaan, Cameron turut brainwash pemikiran Colleen mengatakan yang dia merupakan ahli kepada organisasi yang dikenali sebagai “the company” dan kalau gadis ini cuba larikan diri, ahli lain akan cari dia dan bunuhnya.

Bila Colleen dah terpengaruh dengan kata-kata lelaki tersebut, dia kemudiannya dibenarkan untuk melawat ibu bapanya dan perlu mengenalkan Cameron sebagai teman lelakinya. Tapi, lepas dia jumpa ibu bapanya, dia kembali dikurung ke dalam kotak.

Jenayah terbongkar

Pada tahun 1984, Cameron yang yakin dia telah berjaya mengawal kedua-dua wanita ini telah meminta izin Janice untuk jadikan Colleen sebagai isteri keduanya.

Bagi Janice, ini merupakan titik terakhir untuknya. Dia telah memberitahu Colleen yang Cameron sebenarnya bukanlah ahli the company seperti yang diceritakan.

Dua wanita ini kemudiannya melarikan diri dan beberapa bulan selepas itu, Janice membuat laporan polis terhadap Cameron.

Perbicaraan dan hukuman Cameron Hooker

Cameron Hooker Trial Cuffs

Ketika perbicaraan, Janice dan Colleen telah memberikan testimoni yang sangat beremosi mengimbau kembali detik-detik mereka diseksa oleh Cameron.

Janice turut memberitahu mahkamah yang suaminya telah mendera dan membunuh seorang lagi wanita lain, Marie Elizabetuh Spannhake, pada tahun 1976.

Peguam yang membela Cameron telah cuba untuk memberitahu mahkamah tetang kesanggupan Colleen untuk menurut segala kemahuan tertuduh.

Peguamnya juga turut mengatakan, walaupun tertuduh telah menculik Colleen, aksi seksual antara mereka adalah atas kemahuan masing-masing dan ia tak patut dikira sebagai jenayah. Boleh pulak macam tu.

Ketika di kandang tertuduh, Cameron mengatakan yang perbuatannya terhadap dua wanita ini taklah seganas yang mereka gambarkan. Pihak peguam bela juga turut membawa pakar psikiatri untuk mengatakan penderaan yang dialami oleh Colleen tak lah seteruk latihan yang diberikan kepada tentera baru. Seriouslahhh

 

Juri telah mengambil masa tiga hari untuk membuat keputusan sebelum mendapati yang Cameron bersalah untuk tujuh dari lapan dakwaan termasuk menculik dan merogol.

Cameron Hooker telah dijatuhkan hukuman penjara selama 104 tahun.

Selepas keputusan dibacakan, hakim telah membuat kenyataan peribadinya dengan berterima kasih kepada juri kerana telah menolak kenyataan psikiatri yang dibuat oleh pihak peguam bela.

Lelaki ini adalah psikopat paling bahaya yang pernah saya jumpa dan selagi dia hidup, dia akan terus menjadi bahaya pada wanita-wanita di luar sana.”

Cameron telah cuba untuk membuat rayuan semula terhadap kesnya dengan mengatakan hakim berat sebelah namun mahkamah tak terima rayuannya.

Tahun 2015 pula, Cameron yang ketika ini berusia 61 tahun cuba membuat rayuan parol di bawah program Parol Untuk Warga Emas California, namun permohonannya sekali lagi ditolak dan kini dia masih meringkuk di dalam penjara.

 

Baca: Pembunuhan Tragis Sylvia Likens: Dipukul Hingga Patah Tulang, Dipaksa Makan Tahi & Minum Air Kencing Sebelum Kemaluan Disula Hingga Maut

Screenshot 2019 12 25 At 5.17.09 Pm