Siapa je yang tak kenal dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang viral baru-baru ini disebabkan aksinya yang cute. Lagi-lagi sepanjang Temasya Sukan olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung sekarang.
Namun terbaru, video Dhabitah sedang bersembang dengan wartawan sukan Astro Arena, Adam Zamri yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @IsaEzreen telah viral di media sosial semalam.
https://twitter.com/IsaEzreen/status/1422146833778839555
Video berdurasi 21 saat itu mendapat perhatian ramai netizen yang adore dengan kecomelannya.
Difahamkan Dhabitah berkata bahasa Mandarinnya tidak begitu bagus namun ia masih boleh difahami oleh atlet negara China.
Dhabitah kata Mandarin dia tak bagus sangat tapi diorang boleh faham apa dia cakap so that’s why diorang speak mandarin dengan dia. I’m assuming they were talking about diver from China? https://t.co/oKiayw2sNM
— Shashaaaaaaaaaaa 🍉🍉🍉 (@shashashln) August 2, 2021
Aksi comel Dhabitah mengundang pelbagai reaksi netizen, malah siap ada yang nak ambil kelas Mandarin dengan Dhabitah lagi.
Gatal eh koranggg…
Untuk pengetahuan, Dhabitah telah mewakili Malaysia dalam acara 3m papan anjal wanita pada 1 Ogos lalu dan telah mendapat tempat yang keempat pada peringkat akhir Olimpik Tokyo yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun.
Walaupun Dhabitah tidak memenangi sebarang pingat di Olimpik Tokyo di Jepun, tapi Dhabitah telah memenangi hati rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya.
Baca: Rilex je pakai Garnier Men Viral Dhabitah Guna Pencuci Muka Lelaki, Rupanya Ramai Wanita Pakai Juga