in

“Cakap je ni” – Orang Hisap Rokok Dekat Tempat Awam Bakal Didenda Cuci Tandas Atau Kutip Sampah?

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau betul dorang nak buat denda macam ni, mungkin baru betul boleh takutkan perokok-perokok ni.


Baru-baru ni, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan yang pihaknya sedang mempertimbangkan denda untuk orang yang merokok di tempat awam termasuk buat kerja sosial seperti kutip sampah, potong rumput atau bersihkan tandas.

Menurut Awani, punca dia mempertimbangkan denda ini kerana mungkin orang kaya akan pandang enteng dengan denda bayar penalti sebab dorang ada duit. Jadi, dia merasakan denda seperti ini lebih efektif. So kalau buat macam ni fair lah kan? 

Merokok
Gambar hiasan

Disamping itu, Dr Dzulkefly juga meminta agar pekerja-pekerjanya di Jabatan Kementerian Kesihatan untuk menunjukkan contoh yang baik pada masyarakat dengan menghormati halangan merokok di kawasan awam.

Macam yang korang tahu, bermula tahun ni, kerajaan sudah pun melaksanakan larangan merokok di kedai makan terbuka atau tertutup mahu pun di bar dan sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara dua tahun.

Admin memang rasa kalau denda macam ni memang akan takutkan orang sikit asalkan tak ada “under table”.

 

Baca: “Dah cakap dah rokok tu membunuh” – Rumah Terbakar & Lelaki Hampir Mati Sebab Dia Tertidur Masa Tengah Merokok

Screenshot 2019 08 29 At 2.46.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.