in

Caj RM1 Di Mesin ATM Mula Berkuatkuasa 1 Februari 2022?

Ft Mesin Atm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir 2 tahun caj RM1 bagi setiap transaksi pengeluaran wang di mesin ATM telah dimansuhkan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.


Tindakan itu dilakukan bagi mengurangkan pergerakan pengguna.Bagaimanapun, terbaru difahamkan caj RM1 tersebut akan mula dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2022 nanti.

 

Beberapa bank dah mula buat

Ia selepas beberapa bank telah pun mengumumkan perlaksanaan ini, antaranya Citibank, Kuwait Finance House, CIMB, Maybank dan Agrobank.

Sementara itu, bank-bank lain masih belum lagi membuat pengumuman ini. Penguatkuasaan ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Kebanyakannya mengeluh kerana caj tambahan itu, ada juga yang dah mula imbas kembali detik-detik perlu ke bank tertentu untuk keluarkan duit.

Haih nasib lah min ada bank, eh! Tapi duit takde, lol!

 

Baca : Dipanggil Interview 3 Jam Lepas Pacak Resume Di Stesen Kereta Api, Lelaki Kini Kerja Di Bank

2Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.