in

Dipanggil Interview 3 Jam Lepas Pacak Resume Di Stesen Kereta Api, Lelaki Kini Kerja Di Bank

2Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala dunia masih dalam pandemik dan peluang pekerjaan semakin sedikit seorang jobseeker nekad memacak resume di stesen kereta api berdekatan London, United Kingdom.


Siapa sangka, keputusan Haider Malik untuk memacak resume itu terbukti berhasil. Selepas 3 jam terpacak, beliau akhirnya mendapat panggilan temuduga di sebuah institusi perbankan. Yang menjadikan kisah ini lebih menarik, beliau kini telah diterima bekerja seperti yang diharapkan.

Screenshot 2021 11 28 At 12.53.53 Pm

Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam Perbankan & Kewangan dari Middlesex University London, Malik mula aktif mencari peluang pekerjaan sejak bemulanya Covid-19 pada tahun 2020. Jelik dengan norma baharu yang memerlukan temuduga diadakan secara atas talian, Malik merasakan temuduga sebegitu tidak memberikan ruang dan peluang untuknya memberikan yang terbaik.

Berkata kepada Daily Maik UK, pada 10 minit awal usahanya di stesen kereta api itu, beliau rasa agak kekok dan gementar. Beliau hanya berdiri dengan tangan kosong pada mulanya. Tambah beliau lagi, salinan resume beliau tersimpan didalam beg dan beliau berusaha sebaik mungkin untuk tidak mencetuskan sebarang provokasi.

Screenshot 2021 11 28 At 12.54.12 Pm

Sebagai persediaan, graduan berusia 24 tahun itu membeli papan putih dan mencetak 2 QR Code untuk dilekatkan bagi memudahkan bakal majikan mendapat akses kepada resume dan akaun LinkedIn beliau.

Kira-kira jam 9.30 pagi hari yang sama, beliau mendapat SMS yang menjemputnya untuk menjalani temuduga sebagai Treasury Analyst pada jam 10.30 pagi di Canary Wharf Group. Tidak melepaskan peluang itu, Malik bergegas ke lokasi yang diberikan.

Dalam tempoh beberapa hari selepas temuduga itu berakhir, telefon bimbitnya tidak henti-henti berdering. Ini berlaku kerana salah seorang pengguna kereta api telah memuatnaik gambar dan resume beliau di LinkedIn dan hantaran itu telah viral.

Screenshot 2021 11 28 At 12.54.05 Pm

Malik menghadiri temuduga peringkat kedua di Canary Wharf Group dan akhirnya ditawarkan untuk bekerja disitu.

 

Baca: “I’m not interested” – Mohon Kerja Masa 2013, Wanita Kena ‘Reject’ Dengan ‘Recruiter’ 8 Tahun Kemudian

Screenshot 2021 11 28 At 12.56.03 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.