in

“Bukan untuk budak-budak” – TikTok Disaman Lepas Kanak-kanak Meninggal Cuba Buat ‘Blackout Challenge’

Collage 1

Sekarang ni kalau nak dapatkan hiburan, memang sentiasalah ke TikTok kan? Kalau dah scroll tu sampai berjam-jam. Bukan tu je, banyak jugak challenge-challenge yang best dapat follow.

Namun baru-baru ini, TikTok Inc telah dipersalahkan dalam satu tuntutan mahkamah atas kematian seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun selepas dia dikatakan telah menyertai challenge di mana dia telah mencekik dirinya sendiri sampai pitam #blackoutchallenge.

Menurut FMT, Nylah Anderson seorang kanak-kanak pintar yang boleh bercakap dalam tiga bahasa telah ditemui tak sedarkan diri di dalam bilik tidurnya di Suburban Philadelphia pada 7 Disember lalu.

Menurut aduan yang difailkan semalam di mahkamah federal di sana, Nylah dikatakan telah dimasukkan ke dalam unit penjagaan rapi selama 7 hari sebelum meninggal dunia kerana kecederaan yang dialaminya.

Tiktok App On A Phone.jpg

Keluarga kanak-kanak ini telah menuduh platform media sosial tersebut kerana telah mempromosikan perkara yang tak sepatutnya di mana cabaran itu telah didedahkan kepada Nylah menerusi “for you page” (fyp).

Dalam tuntutan yang menamakan syarikat induk TikTok, turut dinyatakan bahawa algoritma platform tersebut telah disesuaikan supaya menjadi sesuatu yang menarik untuk Nylah Anderson sehingga menyebabkan kematiannya.

Bagaimanapun, TikTok tidak memberikan komen mengenai tuntutan ini. Ketika kematian Nylah tular, platform ini mengeluarkan kenyataan mengatakan cabaran melampau ini telah dibuat di tempat lain lama sebelum masuk ke dalam TikTok.

Selain itu, TikTok turut menegaskan yang mereka sentiasa kekal berwaspada bagi menjamin keselamatan penggunanya dan akan membuang konten berkaitan blackout challenge dari aplikasinya.

Kami bersimpati dengan nasib keluarga tersebut atas kehilangan tragik ini.”

Selain itu, tuntutan ini turut menyebut ada empat lagi kanak-kanak lain yang turut meninggal dunia selepas terlibat dalam cabaran ini.

Untuk pengetahuan korang, cabaran ini menunjukkan seseorang individu akan mencekik diri sendiri menggunakan barang-barang yang mudah didapati di rumah seperti tali kasut atau wayar sehingga pitam untuk beberapa saat dan merakam kesan euforia yang mereka alami selepas sedar semula.

TikTok memang mula menempa nama sebagai platform yang sering menampilkan challenge-challenge menarik macam tarian atau lip-sync. Sebagai pengguna, kita tak boleh nak salahkan platform 100% dan perlulah lebih berhati-hati bila menggunakan sosial media.

Bukan tu je, sebagai ibu bapa juga kita harus perhatikan apa yang ditonton oleh anak-anak. Tak salah nak have fun tapi janganlah sampai buat benda yang boleh mencederakan diri sendiri.

 

Baca: Viral ‘Gravity Challenge’ di TikTok, Ramai Lelaki Kecundang Bila Nak ‘Join’ Cabaran Ini

Feature 4 3