Ada beberapa pihak yang beranggapan bahawa aplikasi MySejahtera hanya valid di dalam negara, disebabkan itu, macam-macam cerita pasal sijil vaksin yang kita dengar, ada segelintir puak yang cuba nak ‘ciplak’ sijil vaksinasi dan ada juga yang nak beli tanpa ambil vaksin.
Namun begitu, ia sebenarnya tidaklah semudah mana yang disangka, seorang pengarah filem, Chong Keat Aun mendedahkan bahawa penggunaan sijil palsu ini kemungkinan menyukarkan pengguna untuk melepasi sempadan negara.
Dalam pada itu, pengarah filem kelahiran Kedah ini juga mengatakan bahawa pendapat sesetengah pihak bahawa MySejahtera hanyalah “sijil domestik” adalah tidak benar.
Ada kawan yang berpendapat bahawa sijil palsu dapat digunakan untuk urusan di sempadan.”
Menerusi Malaysia Gazette, pengarah ini menjelaskan bahawa urusan seseorang boleh tergendala jika seseorang itu tiada aplikasi MySejahtera.
“Jika anda betul-betul ingat MySejahtera tidak ada gunanya di luar negara, maka anda akan menderita dan terkandas di pintu keluar dan pintu masuk,” katanya.
Keat Aun juga kongsikan pengalamannya ketika ke luar negara, katanya, semasa urusan pendaftaran masuk (check-in) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petugas akan bertanya sama ada sudah menerima vaksin sebelum meminta bukti ujian PCR tempoh 48 jam dalam MySejahtera.
Tambahnya lagi, hanya maklumat digital mengenai sijil vaksin dari MySejahtera sahaja akan diterima, jika diberi dalam bentuk kertas, ia akan ditolak.
“Semasa memasuki pintu pelepasan dan pasport diperiksa, pegawai juga akan meminta menunjukkan MySejahtera.
“Apabila tiba di tempat pesta filem di Switzerland, petugas acara turut meminta maklumat vaksinasi dan ujian PCR dalam MySejahtera.
“Sekiranya sudah menerima vaksin, maka peserta tidak perlu menjalani kuarantin, tetapi sebaliknya akan dipakaikan gelang yang membolehkan seseorang bergerak secara bebas,” katanya.
Semasa pulang ke tanah air, Keat Aun menceritakan dia terserempak dengan seorang warganegara Malaysia yang kehilangan telefon bimbit dan sudah semestinya tidak dapat buka aplikasi
“Walaupun dia membawa sijil kertas, tetapi ia ditolak oleh petugas. Nasib baiklah kawannya ada satu lagi telefon dan penumpang itu segera membeli kad telefon dan memuat turun MySejahtera.”
Bagaimanapun, Keat Aun berkata, selepas hampir setengah jam, maklumat MySejahtera berjaya ditunjukkan dan barulah dia boleh menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.
Baca : “F*ck you!” – Staf PPV Kena Maki Sebab Tak Boleh Tolong ‘Adjust’ Buatkan Sijil Vaksin Tipu