in

“Bukan sesuatu yang baru” – [VIDEO] Gunung Berapi Lumpur di Lahad Datu ‘Meletus’?

Gunung Berapi Lumpur Meletus Di Lahad Datu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya bila bercakap tentang bencana alam seperti gunung berapi ini, korang mesti terbayangkan ia berlaku di negara luar seperti Indonesia, Filipina dan sebagainya kerana lokasi negara kita yang berada di luar Lingkaran Api Pasifik.


Pun begitu semalam, tular beberapa video memaparkan sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah telahpun meletus dengan memuntahkan lumpur dengan jumlah yang banyak.

Menurut Harian Metro, fenomena yang jarang berlaku itu menjadi viral selepas ada individu yang kebetulan berada di kawasan berhampiran telah merakam kejadian itu.

@utusantvofficial

#SABAH Kejadian dirakam kira-kira pukul 10.05 pagi tadi. ?️ Sbn Hamit #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Bukan perkara baru”

Kejadian berkenaan telah menjadi perbincangan netizen yang mana rata-rata mengaitkan fenomena ini dengan kemungkinan berlaku gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter pernah berlaku di Gunung Kinabalu pada 2015.

Pakar geologi Sabah, Prof Dr Felix Tongkul walau bagaimanapun berkata, fenomena letusan gunung berapa lumpur itu adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

@utusantvofficial

Replying to @kamarul3936 . PART 2. Ini sambungan, video asal pendek2 sahaja ?. ?️ Sbn Hamit. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #SABAH

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Keadaan ini berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian volkano lumpur seperti ini (lebih aktif) kadang-kadang berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya.

Malah ada di kalangan netizen di ruang komen juga mengatakan bahawa kawasan berkenaan menjadi tarikan pelancong, siap lumpur itu boleh digunakan untuk tujuan kecantikan seperti ‘mask’ dan sebagainya. Wah macam tu rupanya ye… 

Lumpur

Rupanya tak ada apapun nak dibimbangkan. Kalau korang nak tengok depan mata, korang boleh je ke Pulau Tiga dan Taman Hidupan Liar Tabin ni. Seronok lihat kejadian semulajadi ni di depan mata. 

Baca: Ambil Selfie Atas Gunung, Pendaki Maut Jatuh Dalam Lubang Kawah Gunung Berapi

Gunung Berapi

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.