in

“Bukan serbuan tapi panik loceng kebakaran” – [VIDEO] Viral Pekerja Kilang Panjat Pagar, Ini Penjelasan Polis

Kilang2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral satu video di Twitter semalam memperlihatkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar, kegiatan itu dirakam oleh netizen yang lalu lalang dari dalam kereta.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 19 saat itu, mereka dilihat dalam keadaan gopoh ketika memanjat pagar dan lari.


Dikatakan kejadian itu berlaku di sebuah kilang dari kawasan PKPD, jadi ramai netizen beranggapan bahawa pekerja-pekerja itu lari dari serbuan kerana kilang kini tidak dibenarkan beroperasi.

Disebabkan video itu viral, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib tampil memberikan keterangan setelah menjalankan siasatan.

 

Bukan lari, tapi panik dengan bunyi siren kebakaran memanjang

Menerusi Sinar Harian, kejadian itu berlaku di sebuah kilang di Seksyen 22, Shah Alam ia dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang.

Baharudin Mat Taib berkata, dakwaan yang dikatakan orang ramai bahawa mereka lari daripada serbuan itu tidak benar, kesemua pekerja terbabit panik akibat bunyi siren yang berpanjangan di kilang tersebut semalam.

“Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku kegagalan fungsi ‘alarm’ kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, bunyi ‘alarm’ menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kebakaran.”

Baharudin turut menjelaskan bahawa kilang tersebut difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, jadi banyak perkara yang pekerja masih tidak faham mengenai ilmu latihan kebakaran.

“Kilang ini difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru iaitu lebih kurang sebulan ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan  ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan evacuatian plan,”

 

Baca : 80% Kluster Covid-19 di Selangor Berpunca Dari Sektor Perkilangan – MB Selangor 

Kilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.