in

“Bukan senang jernihkan air keruh” – Shuk Sahar Mengaku Buat Salah, Upload Video Jumpa Anak-anak

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak isteri, Rossalenah mendedahkan suaminya yang juga seorang pelawak dan pengacara mempunyai orang ketiga di media sosial, Shuk yang telah digantung kerja sebagai penyampai radio Hot FM ini telah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.


Pun begitu, semalam Shuk telah memuat naik video dia berjumpa dengan dua anak perempuannya Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi di Instagram peribadinya.

Screenshot 2021 01 28 At 10.42.51 Am

Dalam video berdurasi 1 minit 35 saat itu, dapat dilihat Shuk sebak bila akhirnya dapat bertemu semula dengan dua anaknya yang turut mengakui rindukan bapa mereka.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan Shuk, pelawak ini mengaku telah membuat kesalahan dan akan terus berusaha untuk bersatu semula dengan keluarganya.

Setiap orang melakukan kesalahan..dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..

Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh..

Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!”

https://www.instagram.com/p/CKjPCE6D49j/

Posting Shuk ini telah mendapat perhatian dari netizen dan rakan artis yang rata-ratanya turut mendoakan agar urusan rumah tangga pengacara ini dipermudahkan.

Screenshot 2021 01 28 At 10.37.13 Am Down Screenshot 2021 01 28 At 10.37.52 Am Down

 

Sebelum ini, isteri Shuk telah mendedahkan yang suaminya itu mempunyai hubungan sulit bersama Fara Salleh, wanita sama pernah dikaitkan dengan Shuk sebelum ini.

Shuk dan Rossalenah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata.

 

Baca: Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen, Isteri Dakwa Suami Kembali Curang?

Screenshot 2021 01 28 At 10.50.21 Am

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.