Sebut sahaja tentang jenama Crocs, pasti anda sudah terbayang kasut getah colourful yang mempunyai banyak lubang di atasnya. Walaupun ada yang menganggap kasut getah Crocs ini kurang enak untuk dipandang, ada juga yang berkata kasut ini memang selesa dan sesuai digunakan untuk aktiviti santai.
Terbaharu, jenama itu telah berkolaborasi dengan jenama mewah terkenal, Balenciaga untuk mengeluarkan Crocs stiletto. Yes! Stiletto as in kasut tumit tinggi!
Balenciaga x Crocs pic.twitter.com/QRASfslkYz
— SAINT (@saint) June 7, 2021
Memetik laporan The Cut, Crocs stiletto ini menarik perhatian ramai selepas ia dipamerkan di pertunjukan fesyen musim bunga Balenciaga 2022 yang berlangsung baru-baru ini. Setakat ini, stiletto berkenaan datang dengan dua warna berbeza iaitu hitam dan hijau.
Selain Crocs versi kasut tumit tinggi, kolaborasi itu juga menghasilkan kasut but hujan paras lutut.
Digelar Balenciaga Crocs 2.0, ini bukanlah kali pertama dua jenama terkenal ini bekerjasama. Pada tahun 2017, pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia telah memperkenalkan platform Crocs. Walaupun rekaan kasut itu menjadi topik hangat di media sosial, kasut yang berharga $850 sepasang itu habis terjual sebelum ia dilancarkan secara rasmi.
Buat anda yang tertanya-tanya, berapa agaknya harga Crocs stiletto ni? Jangan risau, admin tak akan habiskan artikel ini dengan cliffhanger.
Menurut CNN, harga bagi sepasang Crocs stiletto ini dijangka akan mencecah sehingga $1,000! Bukan calang-calang harganya!
Walaupun begitu, setakat ini, kasut ini masih belum berada di pasaran.
Sumber: The Cut
Baca: Beg Terbaru Balenciaga Menyerupai Beg Tote Ikea, Dijual Dengan Harga RM9,450