Biarpun mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak pesta Oktoberfest masih dijalankan seperti biasa. Beberapa hari lepas ia telah dijalankan di Mid Valley dengan lancar.
Biarpun pergelutan isu ini masih belum berpenghujung, Oktoberfest akan tetap dijalankan di Selangor biarpun ditentang hebat oleh Exco Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari.
Untuk keterengan yang lebih jelas, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Khim menerangkan Oktoberfest sebenarnya bukalan pesta arak.
“Oktoberfest bukannya pesta arak kerana ia juga ada hidangan lain..”
“Kenyataan dibuat beliau adalah tidak benar. Pertama, pesta ini bernama Oktoberfest bukannya pesta arak kerana ia juga ada hidangan lain, lebih kepada pesta makanan. Tidak perlu sensasikan isu dengan tukar nama.”
Menerusi Sinar Harian, Teng Chang Khim bernggapan bahawa beliau tidak melihat penganjuran Oktoberfest menimbulkan masalah atas dasar peraturan sedia ada sebaliknya isu itu disensasikan oleh orang politik dan golongan pelampau tertentu yang enggan memahami konsep masyarakat majmuk.
“Tidak perlu disensasikan melainkan….”
“Oktoberfest melibatkan beer bukan minuman keras. Kerana beer tidak ditafsirkan sebagai minuman keras mengikut akta kastam itu sendiri.
Bagaimanapun beer itu tidak boleh diminum oleh orang Islam jadi mereka tidak boleh menghadiri pesta ini. Saya kira ia sudah jelas dan tidak perlu disensasikan melainkan pihak penganjur jemput orang Islam,”
Tegasnya lagi, kembimbangan terhadap kesan selepas acara tersebut tidak perlu menjadi isu besar memandangkan negara ini ada undang-undang.
Tambahnya lagi, beliau sendiir pernah menghadiri Oktoberfest ini dan masih dalam keadaan terkawal sepanjang berada di acara tersebut