in

“Bukan nak duit, cuma nak kasih sayang – [EKSKLUSIF] Lepas 12 Tahun, Anak Penyanyi Masih Berhasrat Nak Jumpa ‘Babah’

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua pernah tak dengar lagu “Gadisku Dalam Koma” nyanyian band Indie The Times yang tak kurang popularnya dulu?


Baru-baru ini menerusi Twitter, anak kepada vokalis The Times, Naza ada memuat naik gambar dia bersama ibunya Dayana Kamal juga seorang pelakon yang meninggal pada tahun 2009 akibat kemalangan jalan raya.

Screenshot 2020 06 29 At 3.57.25 Pm

Namun bila ditanya tentang perihal bapanya, Dayang Amanda mengatakan yang kali terakhir dia bertemu dengan bapanya adalah 12 tahun lalu, setahun sebelum arwah ibunya meninggal.

Screenshot 2020 06 29 At 3.58.20 Pm

Walaupun dah lama tak bertemu, gadis ini nampaknya masih menyimpan hasrat untuk bertemu dengan Naza dan berharap bapanya yang dah block dia di Instagram ini terbuka hati untuk berjumpa dengan dia semula.

Ebmvi7Cvaaai4A9

Saya bukan nak duit dia pun, nak kasih sayang, sebab ayah masih hidup.”

Tambah Amanda lagi, memori yang paling diingati semasa dia bersama dengan ayahnya dulu adalah apabila bapanya ini membawa dia dan arwah ibunya pulang ke kampung mereka di Sarawak.

Tak cukup dengan itu, Amanda turut ada pesanan untuk Naza sekiranya dia membaca artikel ini.

“Kirim salam and jangan buruk sangka pada saya. No matter what happens you still my father, and I will never hate you.

Saya follow the flow je, sebab saya pun taknak kacau keluarga baru babah, buat masa sekarang ni takde pape and saya pun takda dendam, Hanya mampu doakan kesihatan babah saya semoga panjang umur dan bahagia bersama keluarga baru.”

Untuk pengetahuan korang, sejak ibunya meninggal, Amanda dijaga dan dibesarkan oleh nenek dan atuknya.

Kb1910Zh001

Admin sempat menghubungi Naza untuk mendapatkan komen mengenai perkara ini. Menurut Naza, dia tak mahu bercerita panjang mengenai hal peribadinya.

Menurutnya lagi, dia telah pun menghubungi anaknya sebentar tadi.

 

Baca: “Ibu where are you, i miss you” – Gadis Temui Jalan Buntu, Dari Umur 12 Tahun Cari Ibu Yang Tak Pernah Dijumpai Semenjak Lahir

Screenshot 2020 06 29 At 4.08.23 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.