in

Bukan London Atau UK, Ini 5 Destinasi Termahal Di Dunia Untuk Travel

Destinasi Percutian Paling Mahal Di Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal destinasi travel yang mahal, pastinya destinasi seperti New York, London, Switzerland dan lain-lain akan bermain di pemikiran ramai.


Menurut laman web sebuah syarikat insurans perjalanan, Squaremonth, destinasi-destinasi yang disebutkan awal tadi tak termasuk dalam senarai ‘top 10’ langsung dan lebih menarik, kesemua destinasi yang mahal ini sebenarnya diluar jangkaan ramai dan agak mengejutkan.

Data daripada ribuan polisi syarikat insurans perjalanan telah dianalisa bagi menentukan destinasi travel yang termahal di dunia dan menariknya, mereka yang ke destinasi yang tersenarai ini telah berbelanja lebih 44% berbanding destinasi lain.

Pexels Jeshoots 3586

Kalau ikutkan senarai dari senarai penuh 25 buah negara berkenaan, satu perjalanan untuk ke destinasi berkenaan akan menelan belanja lebih daripada USD11,000 atau RM48,625, hampir tiga kali ganda daripada purata perbelanjaan pengembara lain sepanjang tahun.

Berikut adalah destinasi yang mewakili setiap negara yang mempunyai kos perjalanan termahal di dunia :

#5. Tanzania

Anggaran perbelanjaan satu perjalanan : RM58,549

Pexels Maasai Magic 5574045

Pengembaraan ke safari terutamanya di Tanzania agak mahal disebabkan bayaran kemasukan yang tinggi iaitu bermula daripada RM880 sehingga RM2763 dikenakan oleh negara berkenaan berbanding safari lain di Afrika untuk seorang pengunjung.

Selain itu, harga penginapan juga agak mahal yang mana harga semalaman untuk bilik berkembar di dalam safari berharga antara RM2652 hingga RM3536. Namun begitu, terdapat juga tarikan yang lain selain safari untuk dikunjungi di Tanzania seperti

#4. Zimbabwe

Anggaran perbelanjaan satu perjalanan : RM63,628

Lokasi di Afrika mendominasi carta ‘top 10’ disebabkan reputasi mereka yang ‘bersih’ dalam menawarkan perjalanan mewah dan menjanjikan pengalaman bersama hidupan liar dan Zimbabwe merupakan salah satu daripada yang menawarkan perkara tersebut.

Rumah persinggahan paling mewah di Zimbabwe menawarkan eksklusiviti, privasi, ruang besar dan perkhidmatan yang sempurna untuk mewajarkan tanda harga yang tinggi iaitu sekitar RM7,840 untuk satu malam.

#3. Antartika

Anggaran perbelanjaan satu perjalanan : RM78,380

Antarctica 11391 Pixahive

Dengan harga purata pelayaran ke Antartika sekitar RM35,364 untuk seorang dan harga pelayaran mewah melebihi RM66,307, tidak hairanlah Antartika berada dalam senarai destinasi termahal untuk bercuti.

Salah satu faktor yang membuatkan harga agak keras untuk ke Antartika adalah jaraknya, dan disebabkan itu, ramai pengembara ke sini hanya akan datang ke sini sekali semumur hidup serta tidak kisah untuk berbelanja besar untuk pengalaman tersebut.

#2. Botswana

Anggaran perbelanjaan satu perjalanan : RM78,480

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Visit Botswana (@visitbotswana)

Walaupun hanya mahal sedikit dari destinasi sebelumnya, Botswana merupakan destinasi safari impian ramai selain faktor popularitinya dan keselamatan apabila merancang untuk percutian safari.

Kalau nak diikutkan, hampir kesemua desinasi 10 teratas ini didominasi oleh negara Afrika yang sangat terkenal dengan keunikan percutian safari mereka.

Dari segi kos, harga penginapan mewah di Botswana boleh mencecah RM8841 untuk satu malam!

#1. Congo

Anggaran perbelanjaan satu perjalanan : RM143,312

296189112 3233416066925383 5319844942697892959 N Horz

Sama seperti Republik Afrika Tengah, Congo bukanlah sebuah negara yang dibangunkan untuk tujuan pelancongan dan agak mundur dari segi infrastruktur yang memudahkan pelancong untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Boleh dikatakan segala-galanya tentang percutian ke Congo ini adalah mahal. Kereta yang kerap perlu diselenggara, harga minyak yang mahal, cukai tinggi serta kos penginapan, penerbangan dan bot yang sangat mahal.

Jadi, hanya yang betul-betul ada bajet yang besar sahaja mampu untuk bercuti ke Congo ini.

Memang tak sangka betul! Tapi mungkin disebabkan faktor mahal ini jugak destinasi Afrika ini kurang diminati atau kurang dikunjungi oleh orang tempatan yang lebih memilih untuk ke London, Korea Selatan mahupun destinasi lain yang lebih murah dan selesa.

Baca : KL Tersenarai Sebagai Destinasi Makanan Terbaik Untuk Dikunjungi Pada 2023

Kuala Lumpur Best In Travel Lonely Planet

Sumber: Pexels
Sumber: Pexels
Sumber: Pixahive
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.