in

“Bukan halau, taknak berjangkit” – Sedih! Keluarga Terpaksa Lepaskan Anak Untuk Dijaga Jiran Selepas Didapati Positif Covid-19

3Jiran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilangan kes Covid-19 di Malaysia semakin hari belum menunjukkan trend penurunan. Dengan kehadiran varian yang telah bermutasi dalam komuniti, masing-masing makin risau dan ambil langkah berjaga-jaga dalam pandemik ini.


Tular di media sosial satu keluarga yang dijangkiti virus berkenaan dalam video berdurasi 1 minit dimana mereka terpaksa melepaskan anak untuk dijaga jiran. Hal ini berlaku selepas 4 anggota keluarga dalam rumah itu didapati positif Covid-19. Sebagai langkah berjaga-jaga dan tak mahu berjangkit, anak-anak mereka diberikan kepada jiran untuk dijaga. Korang boleh tengok video tu dalam tweet @bygoddesscandy kat bawah ni.

 

Bukan halau, tapi taknak berjangkit

Aduh kesian min tengok budak-budak yang terpaksa berjauhan dengan family ni. Mungkin budak-budak tu tak faham kesan kalau berjangkit. Apa yang family ni buat hanyalah untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Screenshot 2021 05 22 At 2.52.01 PmBetul min setuju sangat dengan tweet ni. Kalau kita baik, orang akan treat kita baik juga. Apa yang kita bagi, kita akan dapat balik. Dalam kes ni, berbaik dengan jiran. 

Screenshot 2021 05 22 At 2.52.28 PmBersyukur dalam jiran yang faham konsep jangkitan Covid-19 ni. Takde lah sampai pulaukan family tu semata sebab dia positif Covid-19. Sangat tak adil. 

Screenshot 2021 05 22 At 2.52.48 PmMin pun bergenang air mata tengok video ni. Tak boleh bayangkan perasaan family yang terpaksa menjauhkan diri dari anak-anak. Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka. 

Screenshot 2021 05 22 At 2.53.16 PmPelik gak yang kata Covid-19 ni bukan real. Dah dua tahun kita hadap benda ni pun masih ingat benda ni palsu atau konspirasi. Tolonglah jangan ambil ringan hal pandemik ni. 

Kalau taknak family kita jadi macam ni, min sarankan untuk semua jaga diri masing-masing dan hanya keluar rumah bila perlu.

 

Baca: COVID-19: 6,725 Frontliners KKM Telah Dijangkiti,  Jururawat Paling Ramai

Screenshot 2021 05 22 At 2.53.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.