Petang ini, satu himpunan dikenali sebagai #TangkapAzamBaki dijadual berlangsung di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.
Mengulas perkara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau tidak berhasrat mengulas lanjut mengenai penganjuran demonstrasi berkenaan.
“Terpulanglah… saya ‘popular’lah kalau macam itu. Saya tak mahu komen. Demonstrasi sudah banyak kali dilakukan terhadap saya. Ini bukan pertama kali.
“Terpulang kepada mereka, mereka yang mahu berkumpul, mahu pergi demonstrasi terpulanglah, bukan hal saya,” katanya, lapor Harian Metro.

Artikel berkaitan: Pendakwah Bebas Terkenal Direman SPRM, Luluskan Bayaran RM600K Senyap-senyap
Artikel berkaitan: Lamborghini & Rasuah RM5 Juta, Bekas Menteri Disiasat SPRM
Difahamkan, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dijangka turut hadir pada himpunan tersebut berdasarkan perkongsian di Facebook.
Menurut hantaran di media sosial, Himpunan #Tangkap Azam Baki merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan oleh sekumpulan aktivis dan pihak tertentu bagi mendesak siasatan serta tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
Himpunan berkenaan dijadual berlangsung di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di ibu negara, dan dipromosikan menerusi media sosial menggunakan tanda pagar #TangkapAzamBaki.
Sumber: Harian Metro