Waktu kecik-kecik dulu korang pernah tengok cerita Naruto? Mesti lepas tengok korang mula berangan jadi ninja kan, sebab min pun dulu macam tu.
Tapi ini kisah benar, Jepun baru melahirkan seorang graduasi yang mengambil kursus sebagai seorang ninja.
Menerusi Thejapantimes, Genichi Mitsuhashi berjaya menghabiskan kursus pengajian sebagai seorang ninja di Universiti Mie selama dua tahun. Difahamkan, dia merupakan graduan ninja pertama di Jepun.
Universiti Mie yang terletak di tengah Jepun itu dipercayai merupakan tempat kediaman ninja sejak dahulu lagi.
Bukan sahaja berlatih dari sudut fizikal dan teknik, lelaki berumur 45 tahun ini juga dikatakan telah membuat kaji selidik berkenaan sejarah-sejarah ninja dahulu.
Selepas dia menamatkan kursus dan pengajian sebagai seorang ninja, Mitsuhashi mula menanam sayur-sayuran. Kenapa dia kerja tu?
Menurutnya, ninja dahulu akan bekerja sebagai petani dan berlatih lebih lagi seni pertahanan diri.
Saya baca ninja akan bekerja sebagai petani pada waktu pagi dan petang mereka akan berlatih seni pertahanan diri” – Genichi Mitsuhashi
Tak cukup dengan ilmu ninja, Mitsuhasi juga mempelajari ilmu kungfu dan seni pertahankan diri kuno jepun yang dikenali sebagai ‘Shorinji Kempo’.
Mungkin dia memang nak jadi ninja sejak dari kecil lagi, itulah sebab kenapa dia berlatih bersungguh-sungguh.
Baca: Penyamun ‘Ninja’ Dirakam Umpil Tingkap Rumah Menggunakan Garpu di Ampang