in

“Bukan bermakna saya tinggalkan tudung” – Pernah Jadi Ikon Hijab, Hana Tajima Akui Tidak Lagi Bertudung Penuh

hana tajim tidak pakai tudung penuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu masa dulu, nama Hana Tajima sering menjadi sebutan para gadis di luar sana dek kerana gaya fesyen tudungnya yang lain daripada lain.

Di mana-mana saja kita dapat lihat para gadis mengenakan fesyen tudung Hana Tajima sehingga dia menjadi ikon hijab yang berjaya menginspirasikan ramai wanita Muslim pada masa itu untuk bertudung.


hana tajima 1 1

 

“Apabila saya menutup rambut, saya tidak selalu menutup telinga atau leher” 

Pun begitu, menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini, Hana yang juga pereka fesyen memberitahu bahawa dia kini sudah tidak memakai hijab secara penuh.

Menurutnya, apabila dia menutup bahagian rambut, dia tidak selalu menutup bahagian telinga mahupun lehernya dan kadang-kadang juga dia memilih untuk tidak menutup bahagian rambut sepenuhnya.

https://www.instagram.com/p/CWQsntqFos4/?utm_medium=copy_link

Jadi inilah saya… Sukar untuk saya bincangkan mengenai hal ini dan saya berbolak balik mengenainya tetapi izinkan saya meletakkan semuanya di sana. 

“Apabila saya menutup rambut, saya tidak selalu menutup telinga atau leher. Saya tidak selalu menutup rambut saya. Saya juga tidak selalu menutup rambut saya sepenuhnya. 

“Mencari keseimbangan antara saya dan hijab bukanlah sesuatu yang mudah tetapi saya fikirkan tentang hal itu setiap waktu,” tulisnya.

 

“Saya boleh faham kenapa model hijab di media sosial pilih untuk tidak bertudung lagi” 

Tambah Hana lagi, dia kini memahami mengapa kebanyakan model hijab yang terkenal di media sosial memilih untuk tidak berhijab lagi.

Kritikan serta tekanan daripada netizen adalah salah satu sebab mengapa mereka memilih jalan tersebut.

“Saya boleh faham kenapa model hijab di media sosial memilih untuk tidak lagi bertudung. Kamu mengundang begitu banyak tekanan. Kesempurnaan yang sentiasa diteliti. 

“Sehinggakan kamu mula bertanya, ‘Adakah saya hanya melakukan ini untuk memastikan orang lain gembira?’ Ia tidak mudah. 

421 900x900 yuna hana shout awards

“Lebih-lebih lagi jika kamu tinggal di negara yang mempunyai stigma terhadap wanita bertudung. Begitupun saya sukakan ‘tudung’ saya dan saya sedang belajar untuk menyukainya sekarang kerana ia bukan lagi kostum atau sebahagian daripada identiti luaran dan lebih kepada sebahagian diri saya,” jelasnya panjang.

Hana juga memuat naik video di Instagram bagi menjelaskan hal tersebut dengan lebih terperinci kepada pengikutnya.

https://www.instagram.com/p/CWT25GVFByH/

 

“Bukan bermakna saya meninggalkan tudung…” 

Posting Hana mengenai dirinya dan penampilan hijab itu telah mendapat pelbagai komen positif memintanya untuk terus kuat dalam menghadapi dugaan serta mengendahkan kata-kata orang.

Walau bagaimanapun, Hana yang menjawab komen netizen berkata keputusannya untuk tidak memakai tudung secara penuh bukanlah bermakna dia mahu meninggalkan pemakaian hijab tetapi dia menganggap ia satu pembelajaran yang perlu dia tempuhi.

hana tajima 1

Apa-apapun adalah lebih baik kalau kita mendoakan semoga Hana terus kuat dan beristiqamah dalam perjalanannya menjadi muslimah yang baik. Hentikan kata-kata hinaan sebab perkara macam tu akan melemahkan semangatnya. 

Baca: “Terlupa password, ambil masa 4 tahun” – Imbau Zaman Muda, Netizen Teruja Hana Tajima Update Tweet

ft hana tajima buat caomeback kat twitter 1

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.