in

“Buat saya rasa seksi” – Sanggup Pakai Corset 23 Jam Sehari Sebab Nak ‘Maintain’ Pinggang 18 Inci

Pinggang 18 Inci Wooo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara nak kekalkan saiz pinggangnya, seorang ibu anak tiga, Diana Ringo, 39, sanggup memakai korset berjam-jam lamanya. Menurut Barcroft, wanita dari San Diego, California ini akan memakai korset selama 23 jam setiap hari dan hanya akan membuka untuk mandi atau bersenam.


Diana sebelum ini bekerja sebagai chef di kem tentera laut selama 9 tahun dan mula memakai korset sejak 4 tahun lepas dek kerana dah hilang curve pada badannya selepas melahirkan anak kembar.

Corset1
sumber: mirror

Dia akui langsung tidak merasakan ianya satu penyeksaan kerana boleh menaikkan keyakinan dalam dirinya kerana sebelum ini menurutnya, dia berbadan gemuk.

Bila saya pakai korset, saya rasa seksi. Secara semulajadi, saya akan berasa seksi tapi ianya menaikkan keyakinan diri dan buat saya rasa lebih baik.”

Saya tak suka sebab saya gemuk dulu. Memang tak salah jika berbadan gemuk tetapi gemuk saya tak menampakkan saya seorang yang feminin. Kegemukan tu buat badan saya nampak macam lelaki dan saya tak suka bentuk badan sebegitu.”

Corset2

Corset5
sumber: mirror

Walaupun pinggang Diana dah ramping, dia tetap teruskan memakai korset untuk kekalkan saiz pinggang dia iaitu 18 inci. Diana turut mendapat sokongan daripada suami dia, Brett Ringo, 33, untuk buat macam ni dengan syarat ianya tak melampau.

Corset4
sumber: mirror

Mula-mula saya risaukan kesihatan dia sampai saya suruh pergi klinik tapi doktor cakap dia dalam keadaan baik saja.”

Saya tak rasa dia dah melampau. Kami bersetuju supaya dia tidak menjejaskan dirinya dan badan dia pun tak perlu lebih kecil dari sekarang.”

Brett akui bersetuju sebab apa yang isteri dia buat berjaya tingkatkan keyakinan dalam diri dan dia tak kisah asalkan Diana gembira dengan apa yang dilakukannya.

Corset10
sumber: the sun

Sepanjang mengamalkan proses ini selama bertahun-tahun, Diana sudah memiliki 45 korset di dalam almarinya yang mencecah harga 1,400 Pound (RM7,300).

Menurutnya, bila berada di tempat awam dia akan perasan ramai gadis atau wanita akan memandang dan bercakap tentang pinggangnya itu.

Benda yang paling saya perasan selama ni bila berjalan, mereka akan terus pandang bawah tengok pinggang sendiri dan bandingkan dengan pinggang saya. Saya dah biasa dengan situasi ini.”

Corset11
sumber: mirror

Admin tengok pinggang dia admin yang rasa macam tak boleh bernafas haha!

Baca: Korean Barbie Monster : Wanita Berwajah Comel Badan Macam ‘Hulk’

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.