in

“Buah pinggang & paru-paru h*ncur” – Baru Masuk 2 Bulan, Tentera Dib*li 20 Senior Hingga Meninggal Dunia

ft anggota tentera maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang anggota tentera maut kerana dipukul oleh senior, perkara itu didedahkan oleh kakak mangsa, Lusi Namo. Mangsa yang dikenali sebagai Prada Lucky Chepril Saputra Namo itu meninggal dunia di sebuah hospital di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia pada Rabu lalu.

Anggota tentera dari Indonesia yang merupakan anggota Batalion TP 834/WM Nagekeo, NTT disahkan meninggal dunia setelah menjalani rawatan intensif selama 4 hari.


Artikel berkaitan : Baru Sehari Lapor Diri, Anggota Tentera Maut Dipercayai Didera Lepas Dijumpai Cedera Parah Jatuh Dari Tingkat 3 Bangunan

Artikel berkaitan : Baru Sahaja Berdamai, Tentera Thailand Tuduh Kemboja Langgar Gencatan Senjata

 

“Dipukul walaupun sedang sakit.”

Tegas Lusi lagi,  Prada Lucky dikatakan telah didera secara fizikal oleh kira-kira 20 anggota seniornya.

“Seorang individu mengaku sebagai kekasih salah seorang anggota tentera itu menghantar mesej di Instagram. Dia dakwa teman lelakinya pernah mengirim gambar yang hanya boleh dilihat sekali memaparkan wajah Lucky dan kawannya berlumuran darah.”

Ketika dibawa ke hospital, doktor mengesahkan bahawa buah pinggang dan paru-paru Prada Lucky telah hancur dan memerlukan 3 beg darah ketika rawatan. Malah Lusi turut mendedahkan terdapat kesan pada tubuh badan adiknya yang baru sahaja 2 bulan menjadi prajurit itu bahawa seperti telah didera.

potret prada lucky chepril saputra namo di asrama tentara kuanino rt 27 rw 06 kecamatan kota raja kota kupang ntt kamis 782025 1754658518860 169

“Saya ada melihat kesan tapak kasut pada perut adik saya. Beberapa hari sebelum dia koma, adik saya ada membuat panggilan video dan keadaannya pada masa itu kelihatan agak baik. Dia ada bercerita pernah dipukul senior walaupun sedang sakit.”

Di samping itu, ibu kandung Prada Lucky, Sepriana Paulina Mirpey memohon agar siasatan yang lebih mendalam dibuat bagi mencari suspek di sebalik kematian anaknya.

Bahkan, wakil keluarga mangsa, Otniel menuntut kepimpinan Tentera Nasional Indonesia (TNI) agar menyiasat kematian Prada Lucky.

Screenshot 2025 08 12 122716

“Pelaku tidak boleh dibiarkan. Mereka ibarat duri dalam daging. Kami sedia terima jika Prada Lucky gugur ketika sedang bertugas.”

Buat masa ini, sumber melaporkan bahawa 4 anggota sudah ditahan sementara 20 yang lain turut disoal siasat bagi membantu siasatan dengan kes itu berada di bawah bidang kuasa polis tentera Indonesia.

Upacara pengebumiannya telah dilakukan pada Sabtu dan istiadat persemadian itu bermula di Rumah Dinas Asrama Tentera (Asten), Kuanino, Kecamatan Kota Raja, Kota Kupang.

Sumber : Sinar Harian, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.