in

“B*to, boleh pergi mampos!” – Netizen Bengang Lelaki Kantoi ‘Main’ Dengan Ex GF, Padahal Nak Kahwin Bulan Depan

Dah Nak Kahwin

Kenapa susah sangat nak setia pada yang satu? Haa kan admin dah bengang ni!

Melalui satu perkongsian seorang wanita, dia terpaksa menanggung sedih dan derita apabila pernikahan dia yang sepatutnya berlangsung bulan depan hanya tinggal impian.

Katanya, 3 hari lepas dia terpaksa membatalkan majlis yang dirancang akan berlangsung pada bulan Julai nanti disebabkan sesuatu yang paling tidak disangka-sangka.

Saya baru je batalkan perkahwinan saya yang sepatutnya berlangsung pada 6 Julai depan. Tunang saya telah ditangkap basah malam tadi dengan bekas kekasihnya.”

Khalwat2
gambar hiasan

Bayangkan, tinggal beberapa minggu je lagi nak disatukan, tup tup dapat tahu kekasih yang dikenali selama 5 tahun kena tangkap basah dengan perempuan lain. Bekas kekasih pulak tu!

Bukan setakat kena tanggung malu tapi semua persiapan dah pun siap termasuk rancangan untuk honeymoon dan kad kahwin juga dah diedarkan!

Saya berasa sangat malu dengan keluarga dan kawan-kawan. Saya tak tahu macam mana nak terangkan pada mereka. Kami dah tempah dan bayar harga dewan, katering, doorgift, honeymoon dan kad jemputan pun dah diedarkan awal bulan ini.”

Hantaran
gambar hiasan

Kata wanita tu lagi, dia boleh tahan sakit hati dan sedih akibat perbuatan tunang dia tapi tak sanggup lihat ibu dia menangis. Lebih-lebih lagi, dia adalah anak tunggal jadi keluarganya memang teruja dengan perkahwinan yang bakal berlangsung.

Tapi, dalam pada perlu menanggung malu dan sedih, mereka dikejutkan pula dengan keputusan keluarga tunangnya itu yang memilih untuk teruskan perkahwinan tetapi dengan bekas kekasih tu!

Pagi ini (15 Jun) ibu bapa tunang memaklumkan pada keluarga saya yang mereka dah buat keputusan untuk teruskan majlis perkahwinan tu . Dia akan berkahwin dengan bekas kekasihnya pada 6 Julai menggunakan dewan yang sama, pihak katerer yang sama, gaun pengantin yang sama yang kami dah tempah.”

Netizen yang baca perkongsian wanita ni rata-ratanya bengang dan marah dengan sikap tunang dia. Ramai juga yang minta wanita tu untuk saman tuntut ganti rugi. Yelah, dia pun keluarkan duit untuk bayar semua tu tapi senang-senang pula orang lain nak kahwin dengan hasil titik peluh dia tanpa membayar satu sen pun.

Komen Netizen 1
sumber: twitter

Betul la orang kata, susah nak jumpa pasangan berkualiti sekarang ni…

Baca: “Kau dah ada 12 anak dengan aku!” – Pemandu Bas Kantoi Curang Kena Belasah Dengan Isteri Depan Orang Ramai

Kena Belasah Isteri