in

“Bro you got no common sense is it?” – Menjerit Sambil Angkat Placard di Majlis Konvokesyen, Graduan Ni Dikecam Biadap!

Konvo Um

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun bukan pertama kali ia berlaku, tapi perkara ini tetap memalukan! Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, Majlis Istiadat Konvesyen ke-59 Universiti Malaya baru-baru ni telah dicemari oleh satu insiden yang mengejutkan.

Seorang graduan katanya telah menjerit sambil mengangkat placard di atas pentas sebaik saja selesai mengambil scroll. Laaa dah kenapa pulak! 


 

“Tahu darah amarah, tapi kau pilih pentas yang salah bro” 

Menerusi video viral tersebut, netizen menjelaskan bahawa graduan terbabit yang kononnya sedang menjalankan satu protes telah mengangkat placard sambil menjerit di atas pentas lepas selesai mengambil scroll.

Tindakan graduan tu sangat memalukan sebab majlis istiadat ni bukan saja dihadiri lecturer dan pelajar, malah tak dilupakan golongan VVIP dan ibu bapa sendiri. Adoi! 

Placard
sumber: twitter

Sumber: Twitter

 

Protes suruh VC undur, muat naik ‘hint’ sehari sebelum majlis konvokesyen 

Netizen terbabit juga turut memuat naik posting daripada graduan tersebut dengan sebab kenapa dia memprotes pada hari konvokesyen tu. Katanya dia kempen ‘Undur VC’. Haih macam-macam… 

Siapa 1

Eg0Mqzyucaai6Lz

Eg0Mqz5Uwaeu7Bx
sumber: twitter

 

“Pendek akal betul. Rosak majlis” 

Tindakan graduan berkenaan telah mendapat kecaman netizen yang rata-rata menganggap budak tu telah merosakkan majlis. Yelah kan, majlis formal kot terjerit-jerit macam tu.

Malu
sumber: twitter

Apa-apapun, kalau korang ada benda yang tak puas hati atau untuk protes akan sesuatu isu, pastikan korang guna platform yang betul dan bukannya merosakkan majlis macam ni. 

Baca: “Mak kau mesti tengah bangga kat sana” – Viral Anak Bawa ‘Card Board’ Gambar Mak Masa Konvo

Convo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.