in

Brenton Tarrant, Pembunuh Jemaah Masjid Christchurch Mengaku Bersalah, Tak Tunjuk Sebarang Emosi

Tahun lalu ada kejadian yang pernah merobek hati umat islam sedunia, berhubung dengan insiden tembakan rambang terhadap jemaah-jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat di dua buah masjid di New Zealand, jemaah Malaysia juga merupakan antara mangsa terhadap insiden kejam yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Australia bernama Brenton Tarrant itu.

Lebih dahsyat lagi, dia melakukan kegiatan itu sambil membuat live streaming di Facebook! Lapor, Washington Post.

Semalam, pemuda itu dihadapkan sekali lagi ke mahkamah bagi menentukan hukuman keatasnya atas kejadian yang telah meragut 51 nyawa umat islam itu.

 

Tidak tunjuk sebarang emosi

Lapor Sinar Harian, dia tidak menunjukkan sebarang emosi dalam perbicaraan itu. Malah perbicaraan dilaporkan akan berlangsung selama 4 hari (dijangka berakhir Khamis ini). Pada hari terakhir perbicaraan, Hakim Cameron Mander akan dijangka menjatuhkan hukuman.

Dalam perbicaraan, Tarrant mengaku salah terhadap dakwaan 40 percubaan membunuh dan satu perbuatan keganasan pada Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, sementara ingin menunggu keputusan hukuman pemuda berusia 29 itu,beberapa peguam menjangkakan Tarrant akan menjadi individu pertama dipenjarakan seumur hidup tanpa dikenakan parol di New Zealand.

Tarrant  sebelum ini ditangkap ketika dia sedang memandu untuk menyerang masjid ketiga di Ashburton kira-kira sejam perjalanan ke selatan Christchurch.

Dalam kejadian itu, Tarrant mengatakan ‘perlu menembak lebih ramai orang daripada apa yang dia telah lakukan’.

Pada permulaan perbicaraan itu, Tarrant dikawal ketat polis dan berdiri di hadapan kaum keluarga dan mangsa yang pernah mengalami kecederaan akibat perbuatannya.

Mahkamah juga diberitahu bagaimana dia melepaskan tembakan ke arah lelaki, wanita dan kanak-kanak semasa kejadian tersebut  yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial.

Malah dia juga tidak menghiraukan rayuan mangsa yang meminta pertolongan selain melanggar seorang lelaki ketika memandu untuk ke sebuah masjid lain.

Pihak pendakwa raya, Barnaby Hawes memberitahu mahkamah bahawa Tarrant turut menembak seorang budak lelaki yang sedang berpaut pada kaki bapanya.

Dalam perbicaraan itu, Tarrant tidak diwakili peguam.

 

Baca : “Sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara” – ‘Cable’ Gangster Besar New Zealand Tengah ‘Aim’ Brenton Tarrant

Sumber: Sinar Harian