Kalau korang masih ingat, sebelum ini, program Gegar Vaganza pernah ditaja oleh dua usahawan terkenal iaitu Dato’ Seri Vida dan juga Datuk Aliff Syukri sebelum ‘Boss Susu’ yang mewakili Farm Fresh pula menjadi penaja utama program tersebut.
Namun begitu, Boss Susu atau nama sebenarnya Azmi Zainal ada meluahkan rasa kesalnya apabila pihak produksi All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dikatakan bersikap acuh tak acuh berhubung tayangan iklan produk keluarannya ketika siaran langsung program tersebut.
Artikel berkaitan: “Kak Lina mohon maaf” – Selepas 4 Minggu, Astro Umum Elly Mazlein Undur Diri Dari Gegar Vaganza
Artikel berkaitan: “Jangan salahkan Misha, salahkan saya” – Naqiu Mohon Maaf Aksi ‘Melampau’ Ketika Persembahan GV
“Bukan senang nak jual susu ni” – Azmi
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Azmi berkata pembabitan mereka sebagai penaja bagi program itu bukanlah sekadar meraih populariti tapi sebaliknya untuk meningkatkan jualan produk.
Meskipun iklan yang disiarkan hanya satu minit sahaja ketika acara berlangsung, pihak produksi juga diminta bertanggungjawab dalam menjaga rakan penaja sepertinya ini.
Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada 1 minit je untuk dapatkan perhatian 6 juta penonton.
“Jangan anggap klip video saya itu picisan dalam konsert ini. Buat acuh tak acuh saja.
“Sudah ambil kita sebagai penaja kenalah pandai jaga… Saya taja kerana bisnes untuk naikkan jualan bukan glamour,” katanya.
Malah katanya lagi, pada minggu kelima lepas, klip videonya telah disiarkan separuh jalan akibat kesilapan teknikal daripada pihak produksi.
Tambahnya lagi, ia bukan kerja mudah untuk mengeluarkan wang yang banyak bagi membayar pihak stesen televisyen swasta tersebut.
“Dah faham kan kenapa saya selalu merentan dulu”
Isu berkenaan kemudian mendapat perhatian Dato’ Seri Vida yang meninggalkan komen di sebuah portal hiburan mengatakan itulah apa yang dia alami selama menjadi penaja kepada program tersebut.
Katanya lagi, ia juga menjadi sebab mengapa dia tidak mahu menaja program itu lagi kerana dia tidak boleh banyak bercakap kerana masa yang diberikan hanya 1 minit sahaja.
Ha ha… baru rasa. Ini la sebab saya tak nak sponsor. Nak cakap banyak tak boleh. Hanya 1 minit jer. Tu pun tak boleh promot. Maka lebih baik simpan pitih,” katanya.
Apa-apapun diharapkan adalah penyelesaian yang baik antara Boss Susu dan pihak produksi ASGV.