in

Bosan Tengok K-Drama? Ini 8 Drama Thai Yang Anda Perlu ‘Binge-Watch’ Sekarang!

Feature 3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang suka tonton drama Korea Selatan sebab banyak babak dramanya hampir sama dengan dunia nyata. Apa yang dipaparkan di kaca televisyen tu mesti berasaskan fakta. Kalau watak utama tu jadi peguam, mesti dorang akan tunjuk cara-cara lawyer tu defend anak guam di mahkamah kan.  


Namun, drama Thailand atau lakorn juga tak kurang hebatnya. Jadi, jom kita semak lapan drama Thai yang korang wajib tonton sebab semuanya best-best. Boleh lah tengok sambil-sambil lipat kain kan. 

#1 The Crown Princess 

Untuk korang yang pernah tonton filem Brother of The Year, mesti korang dah familiar dengan wajah pelakon jelita Thailand ni. Drama lakonan Urassaya Sperbund ini mengisahkan seorang puteri mahkota negara Hrysos yang terpaksa melarikan diri ke Thailand setelah nyawanya terancam sebaik sahaja dia ditabalkan. Di situ, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menjadi pengawal peribadinya.

Thai 1

Macam mana agaknya dua orang yang berbeza latar belakang ni hidup bersama? Kalau nak tahu, kena lah binge-watch drama ni. 

Tonton dulu trailer drama ni kat sini:

#2 Thong Ek: The Herbal Master 

Untuk peminat Mario Maurer pula, korang kena tengok drama ni tau. Ianya mengisahkan tentang Thong In, doktor perubatan tradisional yang mengasingkan diri lepas dia dipersalahkan atas kematian seorang pesakitnya. So, dia tak nak cucunya ikut jejaknya dan alami benda yang sama macam dia.

Thai 2

Namun, Thong Ake berkeras jugak untuk jadi doktor tradisional. Manakala Chaba pula seorang gadis yang berminat untuk menceburi bidang perubatan tradisional selepas menemui datuk Thong Ake. Jadi, Thong Ake kena beri tunjuk ajar dekat gadis tu walaupun dorang ni pada awalnya tak sekepala.

Gerenti korang akan terhibur tengok drama komedi romantik ni. Ada yang kata drama ni ada vibes yang sama dengan filem Pee Mak. 

#3 Love Destiny 

Untuk korang yang gemarkan drama bergenre sejarah, boleh try tengok drama ni. Ia mengisahkan tentang Kadesurang, pelajar jurusan sejarah yang kembali ke masa lampau setelah kemalangan. Bangun-bangun je, tiba-tiba je dia dah berada dalam badan Karakade iaitu anak pemerintah Phitsanulok di Ayutthaya ketika zaman pemerintahan Raja Narai.

Thai 3

Yang lagi teruk, si Karakade ni sebenarnya jahat, jadi bila Kadesurang masuk ke dalam jasadnya, ramai yang terkejut dengan perubahan sikap wanita ni. Nak tahu sama ada Kadesurang ni berjaya ke tak untuk kembali ke masa sekarang, kena lah tengok sendiri drama 15 episod ni di Netflix.

Memang best drama ni sebab min dah tengok sendiri kesemua episod. 

#4 Girl From Nowhere 

Tak minat tengok drama cintan-cintun? Jangan risau, drama Girl From Nowhere yang ada elemen misteri ni memang sesuai untuk korang. Mengisahkan tentang seorang gadis misteri tapi pintar yang bernama Nanno yang sering berpindah sekolah, drama ni pula ada 13 episod.

Thai 4

Dia ni sebenarnya ada kelebihan untuk mendedahkan rahsia dan tipu helah pelajar-pelajar di sekolah barunya. Untuk yang dah tengok series ni, jangan lupa tunggu sambungannya sebab second season drama ni akan datang tak lama lagi di Netflix.

#5 Bangkok Love Stories: Hey You! 

Drama 13 episod ini pula bermula apabila Belle membuka sebuah bistro di sebelah restoran tradisional bekas kekasihnya, Kram di Bangkok. Macam-macam cara jugaklah yang dia buat untuk lingkupkan bisnes ex-boyfriend dia ni.

Memandangkan makanan Thai memang sedap, mesti air liur korang meleleh punya tengok drama ni sebab ada banyak scene makanan tau. Sebelum tu, korang boleh tengok dulu trailer ni di YouTube.

Drama ini juga boleh ditonton di Netflix.

#6 A Gift To The People You Hate

Drama ini pula berkisar tentang sebuah kedai yang menjual barangan yang boleh dijadikan hadiah kepada orang yang kita benci. Ada empat tahap hadiah ni iaitu hadiah yang memalukan, hadiah yang boleh menakutkan si penerima, hadiah yang boleh menyakitkan dan hadiah yang boleh menyebabkan kematian.

Thai 5

Ha, jangan main-main tau sebab katanya kebencian anda adalah tanggungjawab mereka. Boleh tengok trailer ni kat sini dulu:

#7 The Gifted 

Drama tentang remaja sekolah ini bermula apabila Sekolah Tinggi Ritdha memperkenalkan Gifted Program, sebuah program khusus untuk pelajar istimewa dan luar biasa. Pang, pelajar biasa yang berada di kelas tercorot berjaya lulus ujian untuk memasuki program tersebut.

Dia dan rakan-rakan barunya pelik sebab dorang rasa ada sesuatu yang aneh dengan kelas istimewa itu. Nak tahu apa kesudahannya, jangan lupa tonton drama bersiri 13 episod ni.

#8 Full House 

Rasanya dah ramai yang tengok drama ni kan. Namun, untuk korang yang baru tahu kewujudan drama ni, ini lah masanya untuk korang binge-watch drama remake Full House Korea Selatan ni.

Kisah bermula apabila Aom, seorang penulis yang kehilangan tempat tinggal lepas rumahnya dijual kepada seorang artis, Mike. Dalam usaha untuk mendapatkan rumahnya balik, dia bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Mike dan lama-kelamaan mereka mula ada perasaan istimewa terhadap satu sama lain.

Ha, tunggu apa lagi, pergi tonton semua drama ni sekarang! 

Baca: 14 Filem Hebat Tentang Manusia Genius Yang Anda Boleh Tonton di Hujung Minggu

Thai 1

Sumber: MyDramaList
Sumber: ODISI
Sumber: MyDramaList
Sumber: Hiline
Sumber: MyDramaList

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.