in

Tak Tahu Nak Buat Apa Ketika Hujung Minggu? Tonton 7 Drama Best Dari Turki Ini!

F3 Tt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada antara korang yang dah bosan tengok K-drama, jangan risau, kali ini kami nak kongsikan dengan anda tujuh drama best dari Turki supaya korang boleh hilangkan perasaan bosan ketika bersantai pada hujung minggu.


#1 Love 101 

Drama Turki ini mengisahkan tentang empat orang remaja yang hampir dibuang sekolah akibat perangai nakal mereka dan hanya seorang guru sahaja di sekolah itu iaitu Burcu yang melindungi mereka.

Namun, konflik bermula apabila guru tersebut bakal dipindahkan ke sekolah lain jadi kesemua remaja tadi berusaha untuk memastikan Cikgu Burcu tetap mengajar di situ.

Jadi, mereka merancang untuk membuat cikgu tersebut jatuh cinta dengan seorang cikgu lain di sekolah itu supaya dia akan kekal mengajar di Istanbul. Adakah plan dorang ni berjaya? Kena lah tengok sendiri sebab drama ni pun hanya ada lapan episod je di Netflix, so kalau tengok dalam masa sehari pun dah boleh habis. 

#2 Sol Yanim

Drama ini bermula tentang kisah seorang gadis bernama Serra yang tinggal dengan ibunya yang mengalami masalah kesihatan. Serra yang juga masih belajar di sebuah universiti di Istanbul terpaksa bekerja separuh masa di sebuah hotel sebagai housekeeper.

Disebabkan dia selalu bekerja dengan bersungguh-sungguh, pemilik hotel tu telah mengarahkan pemandunya menghantar Serra ke kelas dengan menaiki limosin.

Tt4

Hidupnya menjadi semakin mencabar sebab pelajar-pelajar universiti tu salah sangka dan dorang ingatkan Serra ni kaya apabila dorang nampak dia datang dengan kenderaan mewah.

Drama yang juga dikenali sebagai My Left Side ini mempunyai 12 episod je tau.

#3 Kalp Atisi (Heartbeat)

Drama ini pula telah diadaptasi dari drama Korea, The Doctors yang popular pada tahun 2016. Mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Eylul yang degil yang akhirnya berjaya menjadi seorang doktor selepas dia diinspirasikan oleh gurunya iaitu Ali.

Tt5

Selepas beberapa tahun terpisah, mereka akhirnya bertemu semula dan kedua-duanya bekerja di hospital yang sama sebagai doktor. Drama ini telah ditayangkan di Turki sekitar tahun 2017 dan 2018.

Kalau korang suka tengok drama ni versi Korea, min yakin drama versi Turki ni pun akan jadi pilihan korang. 

#4 20 Minutes 

Kalau korang meminati genre thriller, drama ini memang sesuai untuk korang. Kisah ini bermula apabila kebahagiaan sebuah keluarga tergugat selepas sang isteri ditahan akibat menjadi suspek sebuah kes pembunuhan.

Tt 6

Namun, suaminya tak percaya wanita kesayangannya itu sanggup jadi pembunuh jadi dia berusaha seboleh mungkin untuk membuktikan bahawa isterinya itu tak bersalah.

Kalau nak tahu siapa sebenarnya dalang kes tu, jangan lupa tonton drama yang mempunyai 25 episod ini. Kalau tak silap, korang boleh tonton siri ni di Netflix. 

#5 The Gift 

Jika korang tak minat drama romantik, boleh cuba tengok drama yang bertemakan misteri ini. Menurut Vogue, drama yang mempunyai tiga musim ini telah diinspirasikan dari kisah sebenar.

Ia mengisahkan tentang seorang pelukis iaitu Atiye yang telah melukis sebuah simbol sejak dari kecil walaupun dia tak tahu pun maksud simbol tu. Namun, dia mula tertanya-tanya apakah kaitan dirinya dengan simbol itu apabila simbol itu ditemui di sebuah tapak arkeologi.

Boleh tengok trailer siri ni dulu kat sini.

#6 Love Me As I Am 

Walaupun plot drama ini boleh dikatakan agak cliché sebab ia menceritakan kisah tentang cinta  dan perkahwinan yang ditentang keluarga akibat perbezaan darjat, namun ia masih mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Tt7

Drama romantik yang mempunyai tiga musim ini dikatakan sarat dengan pengajaran tentang kehidupan.

#7 Black Money Love 

Siri ini pula berkisar tentang seorang polis yang kematian tunangnya. Kematian wanita dambaan hatinya itu agak misteri jadi dia cuba untuk mencari kebenaran apa yang sebenarnya yang berlaku.

Drama ni pula sesuai untuk mereka yang gemarkan kisah bergenre misteri dan jenayah. Tapi, korang kena banyak bersabar sebab drama ni ada 164 episod di Netflix!

Tt 8

Kalau ada drama Turki lain yang lagi best, jangan lupa kongsikan dengan kami di ruangan komen tau. 

Baca: Bosan Tengok K-Drama? Ini 8 Drama Thai Yang Anda Perlu ‘Binge-Watch’ Sekarang!

Dt 1

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.