Sebagi usaha untuk mengekang penularan Covid-19, harga kit ujian kendiri menggunakan air liur (RTK-Ag) telah pun mula dijual pada harga serendah RM4.90 tanpa menjejaskan kualiti ujian.
Menurut Berita Harian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kit ujian kendiri kini telah pun menjadi keperluan di rumah.
Jadi, dengan usaha bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua-dua kementerian ini telah bersetuju untuk mengurangkan harga kit ujian ini supaya menjadi mampu milik bagi semua orang untuk menjalankan ujian sendiri di rumah.
Sebelum ini, harga yang ditetapkan bagi satu kit ujian kendiri telah pun diturunkan dari RM39.90 ke Rm19.90.
KPDNHEP juga telah membenarkan sebanyak 7,302 premis di seluruh negara untuk menjual kit ujian kendiri yang diluluskan oleh KKM dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Alexander juga turut memuji inisiatif 99 Speedmart yang mula menjual kit ujian kendiri ini pada harga RM4.90 di kedai-kedainya.
Tambahnya lagi, selepas ini banyak lagi premis lain yang akan mengikut jejak 99 Speedmart dalam menurunkan harga kit ujian kendiri Covid-19.
Alhamdulillah, untuk yang ada keluarga besar lepas ni makin berkemampuanlah nak beli test kit ni dan bolehlah buat ujian berkala.
Baca: [TERKINI] Harga Baru Self Test Kit Akan Diumumkan & Booster Shot Tak Wajib Untuk Semua- KJ