in ,

Lelaki Ini Dakwa Pendakwah Xinjiang Sebagai Ejen China, Sembunyi Kebenaran Di Sebalik Kekejaman Terhadap Etnik Uighur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Telah banyak yang dilaporkan media tentang kekejaman yang dilakukan pemerintah komunis China ke atas etnik Islam Uighur, yang mendiami wilayah autonomi Xinjiang.

Antaranya mereka dilarang berpuasa, dipaksa menyambut Tahun Baru Cina, anak-anak gadis dipaksa berkahwin dengan lelaki bukan seagama dan sejumlah besar mereka ‘disimpan’ di kem tahanan — yang diwar-warkan kepada dunia sebagai sebuah ‘sekolah pendidikan vokasional’.’

Meskipun banyak pendedahan dibuat, namun China sehingga kini masih menafikan sekeras-kerasnya segala kekejaman yang dilakukan ke atas etnik itu.

Apa yang perlu kita ketahui, mereka juga dihadkan akses kepada Internet dan segala aktiviti komunikasi dalam talian mereka dipantau sepanjang masa justeru secara tidak langsung, menyukarkan usaha untuk mendedahkan kebobrokan pemerintah China kepada dunia luar.

Baru-baru ini, seorang pemimpin Islam Xinjiang dibawa menghadiri satu taklimat kepada media Malaysia yang diadakan di Kedutaan Republik Rakyat China.

Namun kehadiran Abudurekefu Tumuniyazi itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang seorang lelaki yang dikenali sebagai Burhan Saiti Uyghur.

Menerusi laman Facebooknya, beliau memuatnaik satu video beserta amaran agar orang ramai tidak mudah mempercayai kenyataan daripada pemimpin itu yang didakwa merupakan seorang ejen pemerintah China.

Dalam video tersebut, Burhan memperkenalkan dirinya sebagai seorang associate professor dan telah bekerja di Malaysia selama 12 tahun.

Beliau kemudian berkata telah dimaklumkan bahawa China akan membawa masuk beberapa ejennya ke negara ini untuk menyebarkan propaganda kerajaan republik itu.

Dakwanya lagi, ejen yang dibawa masuk itu turut diberi amaran sekiranya mereka memberitahu keadaan sebenar yang berlaku ke atas etnik Uighur — seluruh ahli keluarga mereka di Xinjiang akan dibunuh.

Katanya lagi, meskipun berbangsa Uighur — namun pemikiran dan lisan mereka telah dipengaruhi oleh ancaman dan propaganda pemerintah China.

Beliau turut mengakui dakwaan yang dibuat menerusi video tersebut hanya akan mengundang ancaman kepada diri dan seluruh ahli keluarganya, namun ia terpaksa dilakukan demi menegakkan kebenaran dan menuntut keadilan buat etnik Uighur yang sedang berdepan penindasan.

“I know they would do something to my parents but the whole Uighur nation is important to me as well,’ katanya, sambil menambah lebih 20 ahli keluarganya turut dijadikan tahanan ketika ini.

Burhan juga dilihat berkali-kali menegaskan agar orang ramai tidak mudah percaya apa yang disampaikan dalam sidang media tersebut dan mempersoalkan “adakah anda benar-benar berfikir mereka (pemerintah China) akan membawa orang masuk ke sini untuk mendedahkan perkara sebenar?”

Di akhir videonya, Burhan memohon agar rakyat Malaysia berterusan menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur dan melakukan sesuatu supaya keadilan dapat dicapai buat masyarakat Islam di sana.

Kalau ada yang nak baca laporan media tempatan yang dibuat berhubung sidang media tersebut, klik sini.

Sudah terlalu banyak pendedahan dibuat oleh former prisoners selain beberapa media antarabangsa juga melaporkan telah melihat banyak bukti mengenai kekejaman di sana — namun China masih menafikan.

Lebih menyedihkan, negara-negara Islam sendiri seakan membisu dan tidak banyak bersuara tentang penderitaan dialami etnik Islam Uighur.

Mengapa begitu?

 

Baca: “Kami dipaksa mkn babi & dilarang solat” – Pendedahan Mengejut Seorang Etnik Uighur Terhadap Layanan ‘Istimewa’ Di Kem Tahanan Xinjiang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: