in

“Boleh tak stop buat cerita fantasi dan banyak buat drama realiti?”- Izara Aishah

Cats 90

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak? Drama-drama dekat TV sekarang selalu guna jalan cerita yang lebih kurang sama. Korang pun mesti boleh agak jalan cerita drama tersebut  macam mana walaupun baru tengok 3 episod.


Tapi, tak dinafikan yang masyakarat masih tengok drama-drama tersebut walaupun sudah beribu-ribu kali tengok drama jalan cerita yang sama.

 

Cuba buat jalan cerita lain

Menerusi satu tweet yang dimuat naik oleh pelakon jelita, Izara Aishah semalam yang mendapat hampir 30 ribu retweet, dia juga meluahkan rasa kesal bila masih ada lagi pihak yang nak buat drama tempatan dengan jalan cerita yang dianggap fantasi.

“Boleh ke drama kita stop buat cerita fantasi?”

Izara akui yang dia pernah berlakon drama tentang cikgu sekolah bercinta dengan pelajar sekolah menengah, kahwin paksa dan kahwin dengan cousin yang mempunyai jalan cerita yang agak cliche dan berharap pihak produksi banyakkan lagi drama-drama berdasarkan realiti seperti drama Nur.

 

Katanya penonton suka

Izara memaklumkan dia pernah mempersoalkan kepada pihak produksi tentang jalan penceritaan drama yang agak cliche dan jawapan yang diterima adalah pihak produksi cakap penonton Malaysia sendiri yang suka tengok drama-drama macam itu.

77

“Betul ke penonton suka?”

Bukan itu sahaja, pelakon ini juga beritahu yang dia masih menerima tawaran drama seperti itu dan agak kurang berminat walaupun katanya digemari penonton.

909 1

Tapi, Izara tidak menafikan yang masih ada drama yang mempunyai jalan cerita yang berkualiti dan berbeza dengan drama-drama yang lain.

Jnj

 

Netizen pun setuju dengan Izara

Di ruangan komen, ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat Izara sebab diorang pun sudah muak dengan drama yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

Bhgh

Betul juga apa yang Izara cakap. Belum habis semua episod pun dah boleh agak cerita tu macam mana.

 

Sumber: Izara Aishah

Baca:”Astaghfirullah, saya tak bitter dengan rezeki sesiapapun”- Izara Aishah Dituduh Sindir Sharifah Rose Isu Lambakan Pelakon ‘Instafamous’ ?

Capture 72

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.