in

“Jijik dengan manusia hina budak” – Izara Aishah Bengang Netizen Kutuk Anak Neelofa?

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang netizen telah mendedahkan gambar anak Neelofa, Bilal hingga mencetuskan pelbagai kontroversi.

Malah, gambar tersebut turut disunting sehingga membuatkan Neelofa meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir netizen.


Mungkin kerana terkilan dengan pendedahan tersebut dan tindakannya menyorok muka Bilal banyak dipersoal, semalam bekas pengacara ini akhirnya telah kongsikan beberapa keping gambar anaknya untuk tontonan umum.

https://www.instagram.com/p/CjnXN-Vtbts/

Tambah menyedihkan, beberapa netizen turut bertindak melampau dengan mengutuk, menghina serta membandingkan anak Neelofa ini sehinggakan perkara ini turut mendapat perhatian pelakon Izara Aishah.

Menerusi ciapannya di Twitter, Izara telah meluahkan rasa bengang dengan tindakan orang ramai yang mencaci, mengutuk dan menghina budak.

Jijik dengan manusia yang caci, kutuk, hina budak. Tu bayi la lahan*t. May you rot in hell.”

Walaupun Izara tidak menyebut nama Bilal mahu pun Neelofa, di ruangan komen ramai yang memahami dengan apa yang cuba disampaikan oleh pelakon ini dan turut menyokong kenyataannya itu.

Screenshot 2022 10 13 At 3.25.34 Pm Down

Selain Izara, adik Neelofa, Athisha Khan turut menyuarakan kekesalannya dengan tindakan netizen yang tidak menghormati permintaan Neelofa untuk menjaga privasi anaknya.

Dia nak satu benda je yang dirahsiakan. Hanya SATU benda. Tak terkejut dengan sikap kurang rasa hormat ni.”

Sabar je lah Lofa, memang susah nak control perangai orang. Apa-apa pun Bilal memang comel mashaAllah. Moga dia membesar jadi anak yang soleh…

 

Baca: “Jaga sikit perasaan orang” – Neelofa Sentap Orang Edit Gambar Anak

Ft Neelofa Bilal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.