in

“Boleh mengundang fitnah” – Abang Jofliam Dedah Sudah Tegur Adik Tentang IG Story

Syaz Ft 2024 10 01T154902.435

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam kecoh di media sosial tentang rumah tangga pempengaruh Cik Epal serta chef piza terkenal, Jofliam.

Jofliam menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan banyak perkara tentang rumah tangganya dan mempersoalkan status perkahwinannya dengan isterinya itu.


Artikel berkaitan: “Saya masih tidak tahu status perkahwinan saya” –  Jofliam

Artikel berkaitan: “Saya rasa saya dipergunakan” –  Jofliam Respon Isu Hangat Jual Pizza Harga RM150

Dalam rantaian IG Stroy yang dimuat naik oleh chef itu, ada bahagian yang mengatakan abangnya mengugutnya namun, hari ini abangnya itu mengeluarkan kenyataan menerusi aplikasi Threads.

Menerusi hantaran itu, Syah Jofli mengatakan dia sama sekali tidak campur tangan dalam urusan peribadi adiknya itu, namun ada beberapa perkara yang ditegur kerana dianggap keterlaluan.

1

“Saya masuk campur setelah post-post kemesraan ditunjukkan di insta story yang mana boleh mengundang fitnah dan memburukkan nama keluarga.

Perempuan masih berstatus isteri dan lelaki masih lagi dalam keputusan mahkamah, saya sebagai abang telah tegur secara baik untuk tidak post,” tulisnya.

Syah juga berkata perkara sebegitu tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial dan lebih sesuai untuk dibincangkan sesama ahli keluarga.

Namun, sebaliknya Jofliam dikatakan tidak menghiraukan dan memberikan kata yang kasar terhadap abangnya itu.

2

Dalam pada itu, abang kepada chef tersebut juga berpesan agar adiknya itu kembali ke pangkuan keluarga.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.