in

“Boleh kamu jamin harga barang tak naik? Dont play politics” – TS Annuar Musa Respon Isu Potong Gaji Menteri

Ft Ts Annuar Musa Respon Isu Potong Gaji Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa langkah pemotongan elaun menteri dan timbalan menteri tidak akan selesaikan masalah inflasi yang berlaku di seluruh dunia ketika ini termasuk Malaysia.

Tambah beliau, jumlah potongan itu tidak akan mencukupi untuk selesaikan isu inflasi dan kenaikan harga barang.


 

Boleh kamu jamin masalah inflasi selesai dan harga barang tak naik? – TS Annuar Musa

Menerusi laporan Berita Harian, beliau turut gesa pihak yang mencadangkan pemotongan gaji dan elaun ini agar ‘berhenti bermain politik’ dan beri tumpuan pada kadar faedah yang benar-benar mampu menyelesaikan isu ini secara tuntas.

Annuar Musa Re 2

“Boleh kamu namakan satu negara yang dapat menurunkan kadar inflasi menerusi pemotongan (gaji dan elaun menteri)?”

“Katalah kamu potong RM10,000 daripada setiap menteri. Darab dengan 36 (jumlah menteri), berapa jumlah wang yang kamu dapat?”

“Boleh kamu jamin masalah inflasi selesai dan harga barang tak naik? Come on, don’t play politics (jangan main politik),” katanya pada sidang Parlimen semalam.

Kenyataan itu dibuat sehubungan dengan cadangan daripada beberapa pihak yang gesa gaji dan elaun menteri dipotong berikutan dengan harga barang yang dihadapi rakyat ketika ini.

81658566428 Tbbarangjpg

Dalam pada itu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, turut mencadangkan gaji menteri dipotong 20 peratus bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat COVID-19 dan perang Russia-Ukraine.

Sumber melaporkan bahawa setakat ini, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 memperuntukkan gaji bulanan Perdana Menteri berjumlah RM22,826.65, Timbalan Perdana Menteri pula berjumlah RM18,168.15.

Menteri diperuntukkan gaji bulanan RM14,907.20, manakala Timbalan Menteri berjumlah RM10,847.65, dengan semuanya tidak termasuk elaun.

Baca : Bukan Sekadar Gaji Menteri, Elaun Penjawat Awam Juga Dipotong Sehingga 50% Selama 3 Bulan

Penjawat Awam

Sumber: Utusan
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.