in

“Bodoh tak bertempat” – Wartawan Hentam ‘Posting’ Provokasi Kaum, Tuduh Tak Sensitif

Sentitiviti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan semua orang marah dengan apa yang terjadi berikutan isu rusuhan kuil Sri Maha Mariamman yang telah mengorbankan nyawa Muhammad Adib.


Tapi kemarahan yang membuak oleh segelintir golongan ini agak meleret dan keterlaluan kerana terlalu cepat jatuh hukum.

Misalnya macam kes ni, wartawan berbangsa india membuat liputan untuk pengebumian arwah Adib telah disalah tafsir. Dituduh tak jaga sensitiviti.

 

Apa masalahnya?”

48375950 10217827959230644 6239515135128371200 N
Sumber : facebook

Berikutan dengan penularan posting tersebut, rakan sekerjanya Junhairi Alyasa ‘hentam’ sikap golongan yang suka judge orang ni.

Menurutnya, sebagai pemberita, mereka diamanahkan  melaporkan apa jua keadaan yang berlaku dalam negara tanpa mengira agama, kaum, warna kulit atau negara.

“Kami adalah pemberita yang bertugas untuk melaporkan apa jua keadaan yang berlaku dalam negara tanpa mengira agama, kaum, warna kulit atau negara.”

Tambahnya lagi, ia bukanlah satu masalah jika wartawan terlibat Kumaran Rajamoney membuat laporan tentang pengebumian ini.

“Jadi apa masalahnya Kumaran Rajamoney melaporkan tentang pengebumian Allahyarham Muhammad Adib ?”

“Beliau telah diarahkan dan beliau juga adalah wartawan TV3 yang bertugas di Kedah. Mungkin pada waktu itu tiada wartawan Melayu lain yang bertugas.”

“Selain itu, beliau juga adalah seorang wartawan profesional dan berpengalaman luas.”

“Kalau hendak kata tidak sensitif, boleh lah tuju pada editor beliau sendiri tetapi apa pun kalau sudah arahan tetap perlu laksanakan.”

Memang betul apa yang dia katakan ini, kalau marah sekalipun kena lah berpada-pada biar kena dengan situasi dan tempat.

 

Apa dosa dia dalam isu kuil?”

“Betul kita semua marah dengan apa yang berlaku tetapi bukan semua benda kita boleh jadikan sebagai isu untuk cetus provokasi terhadap kaum lain.”

Tetapi apa dosa dia dalam isu kuil ?

Dia juga ada ceritakan tentang kebaikan wartawan ini. IAdmin sokong apa yang dia katakan, silap-silap orang kita pun tak sebaik orang ni.

 

Ada yang lahir sebagai Islam pun belum tentu boleh berpuasa macam beliau”

Tahukah anda sahabat saya, Kumaran ini akan berpuasa bersama-sama dengan kawan-kawan beragama Islam pada setiap bulan Ramadan dan amalan ini dilakukan sejak beliau remaja lagi !!!

Ada yang lahir sebagai Islam pun belum tentu boleh berpuasa macam beliau.

Andai ditakdirkan Allah bukan hati dan beliau memeluk agama Islam suatu hari nanti macam mana ?

Macam mana hendak mohon ampun dan maaf pada beliau ???

Bodoh tak bertempat.

Janganlah kita cepat jatuh hukum, kerja haruslah dijalankan dengan baik. Sentimen-sentimen beginilah penyebab krisis perkauman boleh tercetus. Apa yang dilakukan ini langsung tidak bercanggah dengan etika kewartawanan. 

 

Baca : “Agak-agak la kalau batak famous sangat..” – Individu Kena Hentam Sebab Buat Lukisan Adib & Tunang

Lukisan Adib Tunang 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.