“Bodoh la kalau percaya. Tipu gila produk dia kalahkan ubat hospital”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sewaktu mula-mula keluarkan produk penjagaan wajah keluaran jenamanya sendiri, sorang instafemes ni tak putus-putus kena kecam sebab isu lokasi kilang pembuatan dan katanya dia ni dah memang cantik sebelum keluarkan produk tu lagi.

Lepas tu heboh pulak pasal testimoni yang mendakwa muka dia rosak lepas guna produk lokal yang dikeluarkan instafemes tu. Tapi ada yang peliknya, instafemes ni kerap sangat muat naik pasal produk dia kehabisan stok dan tak menang tangan nak melayan pelanggan yang nak membeli.

Sumber: Instagram

Terbaru, menurut perkongsian di Twitter, ada lagi testimoni yang lebih dahsyat dari yang sebelum ni. Katanya produk instafemes tu sampai boleh merawat penyakit yang tak mampu nak disembuhkan dengan ubat hospital pulak! Wow terlajak berkesan ni!

Testimoni tersebut mendakwa yang individu tu sebelum ni dah cuba ubat hospital tapi jadi pedih, tak berkesan dan masih tak elok. Jadi lepas tu dia pun cuba lah pulak produk lokal ni. Walaupun produk ni untuk digunakan kat muka, individu ni guna produk tu kat kepala untuk try rawat penyakit kulit dia.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tapi lepas kongsi pasal testimoni penyakit kulit dia yang hampir berjaya disembuhkan guna produk lokal, individu tu kena kecam dengan netizen sebab dorang pelik penyakit kulit apa yang disembuhkan guna produk lokal tu. Dorang jugak persoal macam mana produk tu boleh merawat, ada steroid ke?

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Jika benar produk tersebut mengandungi steroid, seorang netizen berkongsi keburukan bahan tersebut jika digunakan pada wajah. Memang bahaya!

Ada juga yang masih mengungkit kisah lama pasal instafemes tu yang katanya dah buat treatment guna khidmat pakar di pusat rawatan terkenal tapi lepas keluarkan produk, terus mengaku yang dia jadi cantik sebab pakai produk tu. Alahai!

Sumber: Twitter

Bahan apa yang dia guna sampai boleh rawat penyakit yang tak boleh dirawat oleh ubat hospital ni?

Baca: “Sakit gila muka, tak boleh nak buka mulut” – Produk Kecantikan Instafemes Dihentam Lagi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.