in

“Bobba pearls tak sampai sini guys” – Pakar Klinikal Perbetulkan Mitos Foto Viral Usus Penuh Bobba

Bobabatukarang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan setiap kali ada benda tengah jadi trend mesti akan ada pihak yang akan timbulkan satu spekulasi terhadap kesan sampingan pada ‘benda’ tersebut.


Macam korang dapat tengok sekarang ni pasal Bobba dalam usus tu, macam-macam versi foto yang kita lihat tapi versi yang terbaru ni ternyata hanyalah mitos semata-mata.

Penularan info tak sahih tu sampai ke mata Pakal Klinikal Radiologi Ultrasound ini di Twitter dan terus perbetulkan kekeliruan terhadap info mitos ini.

 

Ini Gallstone. Batu dalam hempedu

Ada pengguna Twitter ni cuba nak bagi info terhadap bahayanya memakan Bobba setelah menunjukkan 2 keping gambar usus yang dipenuhi dengan biji-biji hitam yang seakan-akan makanan tersebut.

Hempedu3
Sumber : twitter

Berkecimpung dalam bidang Radiologi dan Ultrasound, Danial Haziq Roslan tampil menjelaskan bahawa gambar itu hanya mitos semata-mata.

Hempedu Hempedu2

Menurutnya, itu adalah batu hitam yang dipenuhi dalam hempedu, tambahnya lagi bahagian usus tersebut langsung tak ‘disentuh’ oleh makanan untuk penghadaman.

Batu tersebut merupakan batu karang dalam hempedu manusia. Tambahnya lagi makanan akan disalurkan ke bahagian lain dalam badan kita dan tak lalu langsung dalam hempedu.

Jadi tak logiklah tiba-tiba Bobba tu masuk dalam hempedu kan

“But to correct the fact that this might misled. Benda ni bukan bobba pearl tu. These are gallstones. Batu dlm hempedu. Bobba pearls x sampai sini guys. Dia highway lain. Jgn takut kan public unnecessarily. Plishhh”

Ramai netizen terbuka mata selepas Danial menjelaskan perkara yang sebenar.

 

Saje je nak takutkan orang – Netizen

Bobba Bobba2 Bobba3

Bagaimanapun Danial nafikan bahawa pengambilan Bobba ini juga mempunyai kesan sampingan. Ia kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi.

 

Baca : Nak Tahu Mana Port ‘Boba Drink’ Yang Paling Sedap? Ini 14 Tempat Yang Korang Boleh Cuba 

Bobba4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.