in

“Biskut ‘kering’ kami selamat” – Hup Seng Tampil Jawab Isu Biskut Tak Selamat

Biskut Hup Seng Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengeluar biskut ‘kering’, Hup Seng Industries Bhd tampil mengeluarkan kenyataan susulan dakwaan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) yang mendapati terdapat unsur penyebab barah yang terkandung dalam biskut keluaran syarikat berkenaan.


Menurut kenyataan syarikat pengeluar berkenaan, biskut keluaran mereka adalah selamat untuk dimakan selain ianya dikeluarkan bersesuaian dengan peraturan tempatan mengenai standard kualiti dan keselamatan makanan.

“Sebagai pengeluar makanan yang bertanggungjawab secara sosial sejak 1958, kualiti dan keselamatan produk selalu menjadi keutamaan kami.”

Biskut Hup Seng

Selain itu, difahamkan syarikat pengeluar berkenaan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam setiap siasatan yang bakal dijalankan dan dalam masa yang sama turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokong mereka sejak dahulu.

Terdahulu, The South China Morning Post telah mengeluarkan satu laporan penemuan HKCC daripada 60 sampel biskut dan keropok yang dijual di Hong Kong, termasuk jenama Hup Seng  didapati mengandungi unsur penyebab barah seperti glisidol dan akrilamida.

Hong Kong Claim Biskut Bahaya

Menurut laporan berkenaan, bahan karsinogen ini ditemukan dalam beberapa sampel ini walaubagaimanapun dikategorikan sebagai bahan cemar yang terhasil apabila sesuatu makanan diproses pada suhu yang terlampau tinggi.

HKCC dalam laporan berkenaan berkata, sampel itu merangkumi 17 jenis keropok, sembilan jenis biskut sandwic, lapan wafer, tujuh batang biskut / biskut jari / biskut cerut, enam biskut soda, empat pencernaan, biskut dua cincin, satu biskut Marie dan enam jenis biskut lain.

Baca : Projek Seni Susun Konten Peti Sejuk Macam ‘Library’ Dikecam, Ada Yang Gelar Macam ‘Fridge Serial Killer’

Fridge Library

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.