in

“Bila someone betul betul nakkan Islam, Allah pasti tunjuk jalan untuk dia” – Jururawat Ini Dulu Benci Islam, Kini Peluk Agama Islam

Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul kata orang, hidayah itu milik Allah dan ia akan datang kepada sesiapa sahaja jika Allah izinkan. Sama seperti cerita seorang muallaf yang pada mulanya, wanita ini tidak pernah merancang untuk memeluk agama Islam.


Menurut perkongsian Nur Jacyntha Florentius di Twitter, dia merupakan seorang penganut agama Kristian Roman Katolik sejak kecil memandangkan keluarganya sememangnya taat dengan agama tersebut.

Peluk Islam 3

Jacyntha juga menceritakan bahawa dia pernah membenci Islam tanpa sebab yang kukuh. Namun, wanita yang berusia 25 tahun ini tidak memahami agama Kristian yang pernah dianutinya itu.

Antara soalan yang menjadi persoalan hebat buat muallaf ini sebelum memeluk Islam ialah mengapa lelaki Islam dibenarkan untuk berkahwin dengan empat wanita. Selain itu, dia juga tertanya-tanya kenapa orang Muslim percaya bahawa Islam agama yang benar.

Mula Kenali Islam di Universiti 

Jacyntha mula mengenali Islam apabila dia bergaul dengan wanita Muslim di universiti pada tahun 2013. Dia mula tertarik untuk belajar tentang agama Allah ini apabila melihat rakan serumahnya berpuasa dan solat. Mesti besar pahala kawan-kawan dia ni sebab dah tunjuk Islam yang sebenar. 

Wanita yang berasal dari Sabah ini juga telah mula puasa penuh pada tahun 2018 lagi meskipun pada ketika itu, dia belum memeluk Islam. Bagusnya!

Peluk Islam

Jacyntha yang bekerja sebagai seorang jururawat juga pernah bermimpi seseorang yang berjubah putih datang dan memberinya sebuah Al Quran untuk dibaca. Dia juga pernah didatangi seorang mak cik yang mengajaknya ke masjid untuk solat dalam mimpi.

Dapat Keizinan Ibu Bapa 

Ibu bapa muallaf ini juga membenarkannya untuk menukar agama dan bapanya juga cakap yang mereka tidak akan menghalang keputusan Jacyntha jika dia rasa ini yang terbaik untuk dirinya.

Rata-rata netizen juga meninggalkan komen yang positif terhadap perkongsian wanita ini.

Peluk Islam 1

Peluk Islam 4

Alhamdulillah, semoga kita semua pun sentiasa mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah. 

 

Baca: “Alhamdulillah, hebatnya adik ni” – Baru Setahun Peluk Islam Muallaf OKU Ini Lancar Menghafaz Ayat Al Quran 

Mufti Wilayah

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.