in

“Bila duit bersepah” – Presiden UAE Suruh Orang Gaji Pasang Paip Keluar Air Evian Dekat Rumah Tapi Tak Pernah Duduk Situ!

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang sheikh kaya terlampau dari Abu Dhabi telah menyuruh orang gajinya untuk isi tangki air rumah agam yang dibelinya di Berkshire dengan air mineral Evian.


Menurut Mirror, Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahyan yang juga merupakan presiden terkini Emiriah Arab Bersatu ini merupakan salah seorang ketua negara yang terkaya di dunia.

Dikatakan, dia telah membeli rumah agam ini pada harga EUR18m (RM87j) dan membuat pengubahsuaian yang banyak hingga harga rumah tersebut kini mencecah EUR60m (RM290j).

0 Uae France Diplomacy Hollande

Salah satu pengubahsuaian yang dia buat adalah dengan mengisi kesemua tangki air dalam rumah tersebut dengan air Evian yang dihantar dari Perancis.

Tapi apa yang mengejutkan, Sheikh ini tak pernah pun bermalam di rumah agam tersebut dan hanya pernah buat lawatan waktu siang beberapa kali.

Sheikh ini juga mempunyai beberapa rumah lagi di UK dan di beberapa negara lain yang tak pernah didiami.

Semua perkara ini didedahkan semasa perbicaraan di mahkamah di mana syarikat Sheikh telah menuduh salah satu syarikat yang menguruskan aset-asetnya di London menyelewengkan wangnya.

 

Baca: “Covid-19 ini ujian Allah supaya hamba-hamba kembali kepada-NYA” – Sheikh Abdul Rahman Sudais, Imam Masjidil Haram

Screenshot 2020 06 23 At 6.26.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.