in

“Bila aib orang sibuk nak interview” – Anak Angkat Aliff Syukri Dijaga Sementara Oleh Pembantu Peribadinya

Feature 4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang isu Aliff Syukri, usahawan kosmetik terkenal dikatakan mendera anak angkatnya iaitu Aminah Alip Shah. Isu ini bertambah panas apabila dia telah ditahan oleh pihak polis semalam.


Hari ini, usahawan itu telah diarahkan untuk memindahkan hak penjagaan sementara kanak-kanak tersebut kepada pembantu peribadinya, lapor Berita Harian. Baguslah tu, biar semua pihak bertenang dulu. 

Aliff Syukri 5

 

Tindakan ini telah diarahkan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling Jaya apabila pihak hospital mendapati bahawa ada lebam di bahagian belakang kanak-kanak yang berusia dua tahun itu. Ya Allah, kesiannya. 

Namun, kecederaan yang didapati di badan kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan sama ada hasil penderaan ataupun sebaliknya. Ye ke tidak dapat dipastikan?

Usahawan itu telah dibebaskan buat masa ini setelah diberi jaminan oleh pihak polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Rata-rata netizen mengecam tindakannya itu dan ada juga yang bersyukur Ameena dijaga oleh orang lain buat sementara waktu demi keselamatannya.

Alif Syukri 1

Alif Syukri 2

 

Kita doakan semoga hal ini cepat diselesaikan dan yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan. 

Baca: “Ko ni dah mental ke” – [VIDEO] Aliff Syukri Sengaja Cubit Kaki Meena Nak Bagi Menangis Depan Kubur Arwah Ayah?

Aliff Syukri

Sumber: mStar
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.