Hampir setiap isi rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan garis paduan untuk pemasangan cermin gelap, ataupun tinted untuk semua kenderaan awam.
Melalui panduan tersebut, seorang wanita berkongsi info mengenai tinted kereta untuk elak kena saman dengan JPJ. Cuba korang tengok video oleh @My_CrimeWatch kat bawah ni.
https://twitter.com/my_crimewatch/status/1207879024216694784
Biar macam akuarium
Rata-rata netizen tidak berapa setuju untuk membiarkan kereta mereka tanpa tinted. Selain alasan panas, isu keselamatan turut timbul. Takpe lah kalau kena saman, janji barang dan diri selamat.
Bukan untuk perempuan je, lelaki yang nampak mewah pun ada kemungkinan untuk kena rompak gak tau. Pasang lah tinted, tapi jangan lah terlampau gelap sangat.
Oh ni ke guideline dia. Kalau gelap sangat tu memang lah tak boleh kan. Ni sampai 50% ke 70%, okey lah tu. Taklah macam akuarium sangat kan.
On a side note, benda ni pun admin paling benci. Silau weh mata kalau berselisih dengan kereta yang ada lampu puith ni.
Baca: Tak Dapat Terima Kenyataan Gagal 4 Kali Ujian Memandu, Lelaki Acu Pisau Sayur Kat Pegawai JPJ