Samseng jalanan sekarang ni makin lama makin biadap! Kalau sebelum ini kita nampak mereka hanya memandu macam orang tak ada etika, kali ini sampai menganggu pemandu lain.
Gara-gara nak memotong, pemandu kereta Mercedez ‘cucuk’ pemandu di hadapan kemudian himpit pemandu Alza sehingga terbabas. Lebih sakit hati lagi pemandu itu berlalu pergi dan tak berhenti.
Jika dilihat keadaan kereta mangsa, kesian betul Lebih sadis lagi, mangsa merupakan pemandu wanita.
VIRALKAN TUAN/PUAN KURANG AJAR INI
https://twitter.com/zatpiko/status/1115134573791211520
Kejadian ini berlaku di Senawang, difahamkan ia mula tersebar luas melalui Whatsapp dan dikongsikan semula di Twitter.
Bagaimanapun, berlaku sedikit pertelingkahan dimana netizen mempertikaikan kesahihan tersebut. Ada yang beranggapan bahawa video ini dimuatnaik beberapa tahun lalu kerana tarikh yang terpapar di rakaman itu pada tahun 2017.
Bagaimanapun dikatakan tuan empunya badan yang merakam kejadian tampil menerangkan cerita sebenar. Ia bukanlah video lama tetapi masalah tetapan pada dashcam tersebut.
Laporan polis telah dibuat & pemandu telah ditahan
Menerusi Harian Metro, lelaki berusia 35 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.