in

“Betullah orang kata rezeki tak salah alamat”- Lelaki Ini Berjaya ‘Swap’ Motor RX-Z Dengan Tanah Lot

Swap Rxz Dengan Tanah Lot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja hujung minggu lepas perjumpaan RXZ Member 4.0 diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu dan ia merupakan perjumpaan peminat dan pengguna motosikal Yamaha RX-Z yang terbesar sejak ia pertama kali diadakan pada 2017.


Hari ini, motosikal ikonik itu menjadi bualan ramai lagi apabila terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Nik Mohd. Zulkifli Lee berkongsi berita gembira tersebut dalam sebuah group di Facebook.

298548861 184071764088641 5836525426485991930 N

“Ye betul betul terjadi geng bukan cerita dusta”

Walaupun individu tersebut tidak mendedahkan nilai sebenar motosikal RX-Z itu atau lot tanah, ramai yang mengucapkan tahniah atas swapping itu.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang terkejut apabila kedua pemilik motor dan tanah itu mencapai kata sepakat untuk melakukan penukaran itu, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan aset peribadi.

Rxz

Sebagai info, motosikal Yamaha RX-Z dilancarkan pada tahun 1985 sebelum ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2011 selepas bertahan lebih 20 tahun di pasaran, dan itu merupakan antara sebab mengapa motosikal dua lejang itu dianggap rare.

Korang sanggup tak bergadai aset demi minat? 

Baca: “Mentaliti apa ni?” – Ramai Kecewa Lihat Program Permotoran Di Terengganu Sebabkan Lambakan Sampah Sarap

Sampah Gong Badak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.