Baru sahaja hujung minggu lepas perjumpaan RXZ Member 4.0 diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu dan ia merupakan perjumpaan peminat dan pengguna motosikal Yamaha RX-Z yang terbesar sejak ia pertama kali diadakan pada 2017.
Hari ini, motosikal ikonik itu menjadi bualan ramai lagi apabila terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Nik Mohd. Zulkifli Lee berkongsi berita gembira tersebut dalam sebuah group di Facebook.
“Ye betul betul terjadi geng bukan cerita dusta”
Walaupun individu tersebut tidak mendedahkan nilai sebenar motosikal RX-Z itu atau lot tanah, ramai yang mengucapkan tahniah atas swapping itu.
Tidak kurang juga segelintir netizen yang terkejut apabila kedua pemilik motor dan tanah itu mencapai kata sepakat untuk melakukan penukaran itu, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan aset peribadi.
Sebagai info, motosikal Yamaha RX-Z dilancarkan pada tahun 1985 sebelum ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2011 selepas bertahan lebih 20 tahun di pasaran, dan itu merupakan antara sebab mengapa motosikal dua lejang itu dianggap rare.
Korang sanggup tak bergadai aset demi minat?