Korang ingat lagi tak kejadian bas RapidKL rempuh banyak kereta di ibu negara sebab pemandu nak elak daripada jadi mangsa pukul penduduk flat?
Mesti ramai terfikir apa jadi dekat kereta-kereta yang dilanggar tu kan?
Bayar hutang kereta, 4 bulan tak pakai
Menerusi satu posting di Facebook, isteri salah seorang mangsa mendakwa syarikat RapidKL masih belum memberi pampasan kepada mereka.
Menggunakan nama PageKhas Mini, wanita ini dakwa masih perlu membayar hutang kepada bank walaupun dah 4 bulan tak menggunakan keretanya.
Dahlah terpaksa meminjam kereta Perodua Viva mak mertua, mana muat nak letakkan wheelchair suami yang sakit!
“Saya seperti pengemis”
Wanita ini juga mendakwa, sudah berkali-kali menghubungi pihak RapidKL tapi masih belum dapat sebarang jawapan.
Total lost, surat rujukan tak dapat
Katanya, pihak RapidKL merujuk kesnya kepada seorang pegawai bernama En. Najib untuk urusan tuntutan wang insurans.Tapi tetap tiada respon.
Dan pihak bengkel sendiri dah mengesahkan keretanya tak selamat untuk dibaiki.
Insurans atau RapidKL?
Pada 16 Oktober, mangsa sekali lagi menghubungi pihak RapidKL dengan pegawai bernama En. Amir pula.
Tapi kali ni, katanya kereta miliknya tak boleh tuntut insurans. Malah dia sendiri kena repair. Aik, apa jadi pula ni?
Dan pihak insurans iaitu Alliance Bank pula dakwa, RapidKL yang harus bertanggungjawab.
Sekejap kata pihak insurans bayar, sekejap kata pihak RapidKL yang kena bayar. Confused!
So sebenarnya siapa yang akan settlekan kos kerosakan kereta mangsa ni? Ini baru seorang. Kita masih belum tahu maklumat daripada mangsa lain lagi.
Mungkin dah sampai masa RapidKL teliti aduan mangsa dan terus buat tindakan selanjutnya.
Admin harap kes ni dapat diselesaikan secepat mungkin dan ada penyelesaian terbaik.
Baca: [TERKINI] Pemandu Bas RapidKL Rupanya Positif Dadah?