in

Berita DS Hamzah Zainudin Masuk ICU & Kesihatan Merosot Akibat Covid-19 Tidak Benar, Kini Sedang Kuarantin

Ft Hamzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba viral tentang Datuk Seri Hamzah Zainudin dikatakan telah dimasukkan ke wad ICU dan kesihatannya pula didakwa merosot.


Pejabat Menteri Dalam Negeri menafikan spekulasi tersebut dan mengesahkan bahawa beliau dalam keadaan stabil. Menurut FMT, Datuk Seri Hamzah Zainudin juga dilaporkan sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 Januari lepas.

Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada Hamzah. Sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Hamzah yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri dalam Negeri.”

Photo 2021 01 20 14 23 48

Tidak dapat dipastikan siapa pihak yang memulakan spekulasi tentang tahap kesihatan beliau namun hari ini, ianya mula viral di Twitter dan Facebook.

Beliau kini menjalani tempoh kuarantin seperti disarankan dan berada di bawah pemantauan rapat Kementerian Kesihatan. KDN juga meminta sesiapa yang menjadi kontak rapat beliau dari 8 Januari hingga 11 Januari untuk membuat ujian saringan Covid-19.

Baca: ‘Kantoi’ Palsukan Dokumen Keputusan Ujian Covid-19, Doktor Klinik Swasta Di Rawang Buat Laporan Polis

Ft Covid Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.