in

Besi Penghadang Patah, Sekurang-kurangnya 7 Pelajar Di Bolivia Maut Jatuh Tingkat 4

3Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau, itulah yang boleh dikatakan apabila besi penghadang patah dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 7 pelajar maut dan beberapa yang lain cedera.


Screenshot 2021 03 06 At 2.00.00 Pm

Menurut laporan Al- Jazeera, dalam kejadian yang berlaku di sebuah universiti di Bolivia itu, sekurang-kurangnya 7 pelajar maut dan 5 yang lain cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 4. Kejadian itu berlaku selepas besi penghadang patah ketika para pelajar berpusu-pusu untuk ke dewan perhimpunan.

Screenshot 2021 03 06 At 2.02.01 Pm

Dalam kejadian pada Selasa lepas, besi penghadang berkenaan tidak dapat menampung berat pelajar yang bersesak lalu patah. Beberapa pelajar yang nyaris terjatuh sempat berpaut kepada pelajar lain untuk menyelamatkan diri.

Mangsa yang terkorban dan cedera adalah pelajar universiti berumur dari 20 ke 24 tahun.

 

Baca: Hari Pertama Sekolah Jadi Tragedi, Calon SPM Parah Lepas Jatuh Dari Tingkat 3

Screenshot 2021 03 06 At 2.14.17 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.