Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan dibuka semula buat calon peperiksaan yang dibenarkan hadir termasuklah di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malang tidak berbau, hari pertama di SMK Petra Jaya, Kuching bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 6.30 pagi ketika pelajar lelaki tingkatan 5 itu berada berhampiran dengan bilik darjahnya. Menurut Harian Metro, pihak sekolah kemudian membuat laporan dan calon SPM dari kelas aliran sains itu dilaporkan cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata manga kemudian terus dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans dan menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital terbabit. Kata Awang Din lagi, kejadian tesebut masih dalam siasatan pihaknya.
Sementara itu menurut Utusan Borneo, bapa mangsa berkata anaknya berkelakuan seperti biasa dan tiada menceritakan apa-apa masalah ketika dihantar ke sekolah, hanya meminta untuk mengguntng rambut apabila pulang nanti.
Dia memberitahu dia pulang sekolah sekitar pukul 1:00 tengah hari. Saya sempat bergurau dengannya untuk membiarkan rambutnya panjang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dia ketawa selepas itu.”
Memang tidak ada yang luar biasa selama beberapa hari ini, cuma dia ada mengadu mengenai komputernya sahaja dan meminta saya belikan yang baru. Saya selalu mengingatkan dia agar jangan paksa diri, sebab kami hanya mahu dia pandai menulis dan membaca sudah cukup.”
Baca: “Bila ada #KlusterPelajar , jangan salahkan rakyat pula” – 18 Pelajar Di Sabah Positif Covid-19