in

“Besar gila kura-kura tu” -Kelakar! Video Wartawan Dengan Kura-kura Gergasi Buat Netizen Terbahak

4Kura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas seorang wartawan mungkin nampak mudah di kaca televisyen. Sebenarnya menjadi seorang wartawan banyak cabarannya, tambah lagi perlu membuat laporan di lokasi yang luar daripada comfort zone.


Ketika membuat laporan di Zoo Negara, seorang wartawan stesen televisyen tempatan perlu bersama dengan sepasang kura-kura gergasi. Sifat haiwan yang susah nak predict telah membuatkan wartawan tersebut memberikan aksi spontan yang tidak dipaparkan di televisyen. Korang boleh tengok video gelagat wartawan tu dalam video yang dimuatnaik olehnya sendiri menerusi akaun Twitter @_amandaNewsMPB kat bawah ni.

 

Besar betul kura-kura tu

Terkejut admin tengok saiz kura-kura tu. Kalau termasuk sekali cengkerang, lagi besar dari wartawan tu. Nasib baik lah kura-kura bukan sejenis pemangsa kan, kalau tak memang takdenye nak lepak sekali sambil suap makanan. Tapi kalau dah nampak haiwan besar macam tu datang kat kita tiba-tiba, memang lari juga lah kan.

Screenshot 2021 03 21 At 3.53.37 PmKalau kura-kura tu faham boleh lah juga dia bagi respon kan. Entah macam mana lah agaknya bunyi kura-kura kalau dia bagi respon kan.

Screenshot 2021 03 21 At 3.54.15 PmMungkin kura-kura kat belakang tu nampak rambut wartawan tu macam menyelerakan. Belum pernah try lagi makan rambut, sebab tu dia nak pegi usik wartawan tu. Tapi kura-kura tak makan manusia ye, so jangan risau.

Screenshot 2021 03 21 At 3.54.32 PmNasib baik scene ni tak masuk dalam TV. Kalau tak memang pecah lah rumah orang tengok berita terbahak-bahak.

Apa-apa pun terbaik lah cik wartawan ni, tetap jalankan tugas walaupun kena kacau dengan kura-kura.

 

Baca: “Memang dasar oyen” – Kucing Kacau Wartawan Buat Netizen Terhibur

Screenshot 2021 03 21 At 3.56.06 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.