in

Besan Najib Razak Jadi Suspek Dalam Kes Rasuah Polis Di Indonesia

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Besan bekas perdana menteri Najib Razak telah dinamakan sebagai suspek dalam satu kes rasuah di Indonesia selepas orang buruan paling dikehendaki di sana, Djoko Tjandra telah ditangkap di Kuala Lumpur Julai lalu.


Djoko Tjandra

Malaysiakini melaporkan, jurucakap polis Indonesia, Argo Yuwono mengenalpasti suspek sebagai “TS” (Tommy Sumardi). Dia dituduh telah merasuah dua pegawai kanan polis untuk menghapuskan notis merah Interpol ke atas Djoko dan membantu perjalanannya ke luar negara.

Tuduhan ini telah menyebabkan dua pegawai kanan polis ini dilucutkan jawatan.

Hubungan antara Tommy dan Najib Razak didedahkan oleh koordinator Persatuan Pencegahan Rasuah Indonesia (Maki) yang mendakwa hubungan antara Tommy, Djoko dan Najib Razak bermula apabila mereka bertiga mula terlibat dalam urusan perniagaan pada 2015.

Anaknajib

Urusan perniagaan ini berubah menjadi urusan peribadi selepas anak Tommy, Fitri Aprinasari Utami bertemu dengan anak Najib, Mohd Nazifuddin dan kedua-dua mereka berkahwin di Kuala Lumpur pada Julai lalu.

Djoko sebelum ini telah lari ke Papua New Guinea pada tahun 2009, sehari sebelum Mahkamah Tertinggi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atasnya berhubung kes rasuah Bank Bali.

 

Baca: “Saya dihukum kerana membuat kebajikan” – Lepas Disabit Bersalah, Najib Dakwa Dana SRC Sebenarnya Digunakan Untuk Umno & Anak Yatim

Screenshot 2020 08 17 At 11.26.49 Am

Sumber: The True Net
Sumber: TrueNet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.