Hampir seminggu yang lalu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah didapati bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa ke atas RM42 juta dana SRC International.
Pun begitu, dalam video berdurasi tujuh minit yang dimuat naik di Facebook peribadinya malam tadi, Najib menyifatkan keputusan tersebut sebagai “amat tidak adil”.
Bertujuan untuk membersihkan namanya, Najib mendakwa yang dana SRC tersebut sebenarnya digunakan untuk program kebajikan Umno dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi anak-anak yatim, bukan untuk kegunaan sendiri.
Tambahnya lagi, hukuman denda sebanyak RM210 juta yang dikenakan ke atasnya itu tak setimpal dengan dana sebanyak RM42 juta yang mana 99 peratus darinya itu dibelanjakan untuk tujuan CSR. Ia diibaratkan seperti dia perlu membayar denda sebanyak RM5 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan.
Saya dihukum kerana membuat kebajikan, menjaga anak yatim dan persekolahan mereka.”
Tak cukup dengan itu, Najib turut meluahkan rasa kesal kerana dia didenda kerana memberikan dana tersebut sebagai sumbangan kepada Umno untuk melaksanakan program kebajikan mereka.
Banyak lagi contoh perbelanjaaan seperti ini yang bukannya untuk kepentingan peribadi ataupun untuk keselesaan hidup saya, tetapi untuk tujuan rakyat dan untuk parti.”
Najib turut mempertikaikan kenyataan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kerana tak percaya dengan kewujuda derma dari keluarga diraja Arab Saudi sedangkan saksi-saksi mengatakan sebaliknya.
Dalam video yang sama, Najib juga berikrar untuk mencabar keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya di Mahkamah Rayuan selepas ini.
Berdasarkan sokongan dan dukungan padu kepada saya serta berdiri teguh atas kebenaran, saya berikrar akan terus berjuang menentang keputusan yang amat tidak adil ini.”
“Yang pokoknya, saya tak pernah minta mahu pun ditawar RM42 juta sebagai rasuah. Pihak pendakwa raya tak mengemukakan sekelumit bukti pun untuk mengesahkan perkara ini berlaku.”
Macam yang korang semua tahu, sebelum ini mahkamah telah membenarkan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan dengan membayar ikat jamin tambahan sebanyak RM1 juta.
Kalau nak tengok video penuh, korang boleh tengok dekat bawah ni:
https://www.facebook.com/najibrazak/videos/403865947256020/?__xts__[0]=68.ARAaG2FxKERzFFDYN_59nnIU99SL37_oiLAr4f3hap2PovuusZ6RQbjbMQXCH3gmONRF7_1BoXS2FeDRR1XkMG87A92_mxI7DQfoZfB_-liRK55Z5cTbF-mbsuIxlktnSDdlEFx6l_BOhuX9hmLDBEDWzdUEUJd8lOzan_3LR39_vXlxO94cmnVsd0O0LQqxNPG3H9xu1f1r-2W57JtzP211fabZsvYcdtXJpuhZokB4LDSTL1Fs0mysPx0eG6LuKTLgtPGEolfcZxcm69sDDd20_iefgj4PuwqO8q42QVZ21l6iHWqXr7Vhxbg_H0oO5fJg1rLRWiY-ElGPKToYCPoWsUA&__tn__=-R
Baca: “Ini bukan penghujungnya” – Yana Najib Kecewa Tapi Tak Akan Mengalah